“Saya rasa saya ni bukan lah isteri tapi “babu” setiap makan minum suami saya hidang kan atas meja atau bawa ke bilik bila suami nak makan”

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Assalammualaikom tolong hide profile saya.. Saya seorang isteri anak 2 dan suami saya pula bekerja dari kol 7pgi sampai kol 7mlm..

Saya surirumah sepenuh masa dan hal tugas rumah dan hal anak saya la yg buat termaksud semua keperluan suami makan minum dan pakaian..

Saya nak luah kan sedikit saya kesedihan saya hari ini dan saya rasa tak boleh tahan lagi bila saya cuba untuk redha tapi hati saya sakit sangat..

"Saya rasa saya ni bukan lah isteri tapi "babu" setiap makan minum suami saya hidang kan atas meja atau bawa ke bilik bila suami nak makan"

Saya selalu kemas rumah dapur bilik kekadang tak terurus sbb saya penat sampai sakit badan..

Saya cuba nak lakukan setiap hari pekerjaan di rumah supaya setiap hari rumah nampak bersih tapi badan saya rasa tak mampu dan suami saya kerja dia cuma la kerja dan bagi duit itu sahaja yang lain saya yg urus melainkan buang smph bila saya suruh je dia buat..

Saya penat dan terasa saya ni bukan lah isteri tapi “b4bu” setiap makan minum suami saya hidang kan atas meja atau bawa ke bilik bila suami nak makan..

Bila suami habis makan saya la yang ambik semua pinggan dan cawan suami dan pergi basuh tak pernah sekali pun suami saya terfikir untuk basuh pinggan dan cawan lepas dia guna dan dia tak pernah fikir pun untuk fikir yg saya “isteri”

sudah siapkan makanan dan minuman untuk suami dan dia perlu basuh kerana penat menyediakan makanan untuk dia.. Tak pernah.. Tolong basuh pinggan pun tak pernah..

Apa lagi basuh baju dia hanya menyediakan keperluan rumah apa yang nak baiki dia tolong baiki selain ya kerja saya dan dia hanya duduk main game buang masa dengan handphone..

Tapi apa bila saya pula buat begitu main game mau handphone bermalas malasan si suami akan marah dan cakap saya malas dan hanya habiskan untuk handphone dan game.. Iyaa saya main game saya kenal game juga dari suami. Saya dulu jarang main game dan kurang dapat perhatian suami sampai saya stress sbb dia sibuk dengan game game dan game..

Sampai la suatu hari saya pun nk ikut main game sampai kan saya tak kisah lagi dengan terhadap perhatian suami saya pada saya tiada.. Cuma ada juga la perhatian klau dia nak..

Tim’s nfsu dia mahu sahaja yg lain hanya untuk handphone.. Nafkah setiap bulan dia akan bagi.. Tapi duit belanja saya.. Hanya la rm200 yg lain dia tanggung..

Nafkah btin tak perlu cakap setiap hari saya layan dia.. Kekadang sehari 3 kali sampai 7 kali.. Boleh dikatakan setiap hari saya me layan dia dan saya rasa penat sangat dan sakit badan.

Bila di tolak dia mula meradang. Klau lambat layan dia dia akan marah pada saya… Apa yang saya sedih.. Saya penat uruskan rumah anak suami saya penat di layan mcm membantu saya kena ambik semua untuk dia makan minum dia setiwp hari akan hidang bawa ke bilik dan basuh terkadang saya biarkan rumah bersepah sebab ada anak kecil..

Ada kala suami saya marah pada saya dan cakap “apa je awak buat dekat rumah” saya terkilan.. Tambah sedih.. Bila bab kemas rumah saya cube bincang dengan dia dan dia akan cakap pada saya “apa kata saya carikan awak kawan.

Saya kawin lagi senang awak tak penat nnti ada orang tolong awak dekat rumah ada kawan g shopping..

Ada orang tolong jaga anak kita awak tk susah tak penat nnti kita da tua ada orang tolong tengok kan.. Awak kan penat dan pem4l4s! ” saya sakit hati dia dengar ayat dia.. Saya penat apa dia nak makan saya g beli kan..

Nak apa2 Sy buat kan nak air saya buatkan nak makan saya masak saya hidang kan nak layan batin setiap hari saya layan kekadang saya disuruh untuk bersolek sebelum nk buat benda tu..

Bukan itu sahaja makanan saya masak ada kala tak kena kt tekak dia dan dia suruh saya masakkan maggi dia seorang cerewet tak bersyukur dengan makanan yang ada.

Saya tk ada kekuatan saya da cuba redha dan cuba buat kerja rumah tanpa bantuan dia sbb Sy faham dia penat cari duit tapi semua tu rasa sia sia disebabkan suami selalu complain..

Cakap rumah bersepah saya tak mcm isteri orang lain. Kekadang saya fikir saya babu bila melihat suami lepas makan bersantai main game dan saya kena basuhkan pinggan dia.. Tolong nasihat kan saya untuk urus rumah dan berikan kata2 semangat.. Tq min

BACA: “Saya redha dengan keputusan dia, dia tak nak ambil tahu pasal anak ini, sebulan sebelum aku bersalin, dia pun kahwin”