Salam semua. Tujuan saya nak mintak pendapat seluruh warga FB. Dan Tujuan saya bukanlah untuk mengaibkan suami saya.
Tapi hanya Mohon pandangan secara peribadi semua. Saya baru berkahwin hampir 2 tahun dan dikurniakan sorang anak prempuan berusia belum 1 tahun.
Suami saya juga mempunyai 4 orang anak dengan bekas isteri yang tinggal di negeri berasingan.
Dia hanya dapat berjumpa bermesra dengan anaknya bila musim cuti sekolah sahaja. Saya juga faham perasaan dia terhadap anak – anak dia.
Sebelum saya berkahwin, saya janda anak sorang dan anak SULUNG saya ni perempuan jugak baru berusia 5 tahun 6 bulan. Sebelum berkahwin saya ada bagitahu suami kalau tak boleh terima anak saya, macam dia terima saya, saya tak akan berkahwin tapi dia sungguh – sungguh meyakinkan saya yang dia sayang budak – budak.
Anak saya akan dilayan sama macam anak – anak dia. Lepas kahwin kali kedua saya dibenarkan bawa anak saya tinggal bersama kami. Pada mulanya memang dia nampak penyayang, anak saya boleh dikatakan rapat dengan dia cuma anak saya kecik lagi.
Jadi dia anggap ayah kandung dia hero di hati dia. Saya selalu pesan dekat anak saya jangan cerita apa pun tentang ayah kandung dekat ayah kedua nanti ayah kedua kecik hati. Cerita dekat ibu sorang ja… Anak saya faham.. Kesian dia..
Anak saya memahami dan dah tak sebut lagi tentang ayah kandung dia. Cuma kadang – kadang dia terlepas cakap biasa lah budak – budak, kadang – kadang dia teruja nak berkongsi cerita. Walaupun berusia 5 tahun tapi dia pandai menjaga hati.. Pada awalnya semua OK.
Lepas tu kami selalu berg4duh dengan suami disebabkan bekas suami nak ambik anak, nak jumpa anak. Kali pertama saya ambik keputusan untuk tak benarkan bekas suami jumpa anak saya tapi surat mahkamah syariah (tuntutan hak jagaan anak} sampai untuk kedua kalinya.
Saya Iawan dibantu oleh suami baru untuk ambik peguam. Kami f1ght tapi dapat kata sepakat sama – sama tarik kes. Tapi suami saya kurang senang dengan jalinan antara saya, bekas suami dan anak kami. Yalah saya isteri dia, dan saya tak boleh dah nak berhubung.
Saya ambik keputusan untuk tidak berhubung lagi dengan bekas suami tapi soal anak saya akan berhubung dengan bini no 2 dia. Selesai masalah. Masalahnya baru – baru ni suami bagi tau, tak sesuai anak saya duduk sekali dengan kami sebab dia bukan mahram.
Iman pun tak berapa kuat takut jadi benda yang tak sepatutnya. Dia mintak saya untuk bagi mak saya jaga anak tu supaya senang untuk saya nak pergi tengok anak saya. Kalau bagi dekat bekas suami susah sikit nak pergi tengok anak pada bila – bila masa saya suka.
Bila suami dah cakap macam tu saya risau keselamatan anak saya. Terus saya hantar rumah mak saya. Sekarang apa yang saya fikir anak saya lebih berharga atau rumah tangga lebih berharga? Saya dah penat dengan semua ni.
Saya sayang anak saya, dah lama saya pertahan hak anak saya. Tapi bila saya dah berkahwin dan ada anak lain patutkah saya tinggal anak saya untuk mak yang jaga dia di kampung. Sebelum ni susah senang saya, anak sulung sentiasa ada bersama.
Hati saya sngat rapuh masa sekarang. Walaupun bukan berpisah m4ti dengan anak tapi saya dah tak boleh uruskan dia ke sekolah, mandikan dia, bagi dia makan, masak makan kesukaan dia, dah terbatas dah semua tu.. Kesian dia baru 5 tahun tapi dah terima nasib macam ni.
Dia kecik lagi tapi pandai jaga hati saya dia faham siapa suka dia dan siapa yang tak suka dia. Macam – macam soalan dia Tanya, “kenapa tak boleh duduk dengan ibu? Kenapa kena duduk dengan TOK? Kenapa kena tukar SEKOLAH?” Macam – macam lagi dia tanya.
Masa saya nak balik, dia nangis, dia cakap, “ibu nak balik dah.” Allahhhuuuu.. muka dia kecewa sangat sebab saya tinggal dia.. Saya peIuk dia saya cakap, “jangan nangis, ibu belum m4ti lagi cuma ibu tak ada di sini. Awak tunggu ibu dekat sini ya wahai anak, ibu akan balik selama – lamanya dekat awak.” Dia angguk kepala, menitik air mata dia lagi. Saya dukung peIuk dia..
Semua nangis, hanya Allah saya yang tau perasan luluh hati saya bagai mana. Malam – malam pun saya tak dapat nak tidurkan dia tak dapat nak peIuk dia. Anak lebih penting atau rumahtangga lebih penting? Kadang – kadang saya terfikir patutkah saya bahagia tapi buang anak saya dan Iukakan perasaan anak saya.
Patutkah saya tinggalkan semua dan jaga anak – anak saya tanpa suami. Kadang – kadang rasa nak hidup dengan anak – anak saja tapi suami saya baik dengan saya faham dia kurang selesa dengan kehadiran anak saya mungkin sikap anak saya tak sama dengan sikap anak – anak dia. Mohon pandangan secara peribadi kalian semua yang berhati mulia di sini.
Komen Warganet :
Honey Yasz : Bila puan buat macam ni nanti ayah kandung dia boleh ambik hak jagaan anak. Masa tu lagi lah dah tak boleh tengok anak. Sampai hati, tak terbayang ke anak malam malam cari ibu dia. Jangan nanti bila dia besar sikit simpan d3ndam kenapa ibu buat macam ni, kenapa ibu sampai hati tinggal dia.
Suami puan tu saja cakap macam tu, alasan dia tak nak puan berhubung dengan bekas suami dan dengki puan sayangkan anak puan. Dia nak hak dia sorang.
Musafir Lalu : Anak tu dah jadi mahram bila suami tu dah bersetubuh dengan isteri (puan). Ihsan dari suami untuk benar tinggal bersama. Biasanya suami ni memang tak berapa suka anak orang ada bersamanya sebab tu suruh duduk dengan nenek kat kampung.
Puan elok berbincang dengan suami secara baik – baik dan minta anak dapat tinggal bersama. Yang bukan mahram adalah anak – anak suami dengan anak puan tu tapi mereka ni masih kecil. Puan berhak hidup berkeluarga semula seperti sekarang.
Benda elok bukannya berz1na. Pertahankan rumahtangga dan beri layanan baik kepada suami. Bincng dan pujuk suami serta bincang juga dengan bekas suami tentang penjagaan anak. Jangan pentingkan diri sendiri sahaja. Soal anak perlu bincang bersama bekas suami.
BACA: Jadi punca perbalahan rakyat Malaysia, akhirnya Google jawab punca kesilapan nilai tukaran matawang