Saya tawar hati dengan suami, saya tak mampu nak jaga dia lagi, 3 tahun sakit kronik. Apakah saya patut minta cerai?

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Pasang surut dalam perkahwinan adalah perkara biasa yang dilalui oleh setiap pasangan.

Namun, seorang wanita berusia 45 tahun telah tular di media sosial selepas berkongsi pengalamannya yang mula tawar hati dan berfikir untuk bercerai dengan suaminya.

Lebih mengejutkan, wanita itu mengungkapkan bahawa dia sudah tidak mampu lagi untuk menjaga suaminya yang menderita penyakit kronik sejak tiga tahun lalu.

Wanita itu meluahkan rasa kecewa dan rasa bersalah kerana terpaksa hidup dalam keadaan rumah tangga yang tidak lagi bahagia.

Dia berfikir tentang bagaimana indahnya jika mempunyai seorang suami yang sihat dan baik hati.

Saya tawar hati dengan suami, saya tak mampu nak jaga dia lagi, 3 tahun sakit kronik. Apakah saya patut minta cerai?

“Saya benar-benar tawar hati dengan suami, saya tak mampu nak hadap dan jaga dia lagi.

Suami sudah tiga tahun sakit kronik. Apakah harus saya menuntut cerai? Sebab rasa berdosa hidup dalam rumah tangga macam ni,” katanya.

Menurutnya, dia dan suaminya sebaya, tetapi dia terpaksa berusaha lebih keras untuk menyara keluarga sejak mereka mendirikan rumah tangga.

Walaupun suami masih sihat, dia yang menguruskan segala hal, termasuk berniaga untuk mencari nafkah.

“Saya tawar hati sangat, hidup kerja pagi petang, semuanya demi anak-anak tersayang.

Jiwa saya sengsara,” tambahnya. Malah, dia mengatakan dia terpaksa membiarkan suaminya di bilik bawah dan kadang-kadang hanya memberi makan biskut roti kerana tidak mampu menyediakan makanan yang lebih baik.

Wanita ini juga mengungkapkan bahawa suaminya semasa sihat merupakan seorang yang pemalas dan tidak pernah memberi nafkah kepadanya.

“Banyak duit saya habis, dah la kena tanggung anak-anak sekolah lagi. Suami saya orangnya kedekut. Tapi dia baik, sopan, tak pernah berkasar dan selalu bantu jaga anak-anak,” jelasnya.

Namun, perasaan sedih dan tekanan yang ditanggungnya selama ini membuatkan hatinya pedih, kerana sepanjang 20 tahun perkahwinan, dia yang mencari nafkah untuk keperluan keluarga, termasuk makan, pakaian, yuran sekolah anak-anak, dan pakaian raya.

Di ruangan komen, ramai pengguna TikTok meninggalkan nasihat dan kata-kata semangat untuk wanita tersebut. ”

Orang hanya boleh berkata, yang hadap dan rasa hanya awak. Fikir sewaras-warasnya dan buatlah keputusan sendiri,” kata seorang pengguna.

Ada juga yang menyarankan agar dia berpisah lebih awal jika suami tidak menunaikan tanggungjawab, namun ada juga yang menyarankan agar dia bersabar dan melayan suami dengan baik.

“Dik, layan suami sebaik mungkin. Cuba bersabar. Insya-Allah ganjaran syurga,” tulis seorang lagi netizen.

BACA: Suami sangat menjaga solat, jaga hubungan dengan tuhan tapi aku buta tak nampak itu semua, aku cuma nampak kekurangan suami je