‘Saya tidak akan layan permintaan jatuhkan kerajaan’

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, memberitahu ahli Parlimen dari kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang

Bahawa baginda tidak akan mempertimbangkan sebarang permintaan untuk menjatuhkan kerajaan.

Dalam titah baginda semasa perasmian sidang baharu Dewan Rakyat hari ini,

'Saya tidak akan layan permintaan jatuhkan kerajaan'

baginda menyatakan bahawa semua pihak perlu menghormati kerajaan perpaduan yang telah terbentuk.

“Di sini, saya ingin menegaskan bahawa saya tidak akan mempertimbangkan sebarang permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan politik negara.

“Semua pihak perlu menerima kenyataan dan menghormati kerajaan perpaduan yang telah terbentuk. Jika terdapat hasrat untuk bermain politik, tunggulah masa pilihan raya yang akan datang,” titah Seri Paduka.

BACA: Rupanya ada di Malaysia, rumah kampung dicelah kedai di Kuala Lumpur curi tumpuan netizen