Sayu!!! Ayah pergi selepas 10 hari sambut hari jadi

Sayu!!! Ayah pergi selepas 10 hari sambut hari jadi

Kehilangan orang tersayang bukanlah suatu perkara yang mudah untuk diterima oleh sesiapa, namun siapa kita untuk melawan aturan takdir.

Rasa perit itu lebih dahsyat apabila tidak dapat berada di sisi orang tersayang sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Seorang pemilik akaun Twitter @janatunmaqwa berkongsi memori terakhir bersama ayahnya yang juga salah seorang daripada ratusan mangsa COVID-19 di negara ini.

“22.01.21. Friday. Hospital Sungai Buloh. Wad 4A. Moment yang tak akan lupa sampai bila-bila.

“Lepas Maghrib tengah baring-baring, dapat mesej dalam group. Semua tak percaya. 10 hari lepas birthday ayah ke-60.

“Dr call mak. Cakap waktu dia datang katil ayah, ayah dah tak ada. Ayah pergi senyap-senyap tak susahkan orang. Allahu,” tulisnya di akaun Twitter, Selasa.

Kata @janatunmaqwa, pada 9 Januari lalu, dia tidak menyangka tarikh itu adalah kali terakhir bertemu dengan ayahnya, Allahyarham Jemali Marsidi yang secara sukarela ingin ke Hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan.

Ujarnya, Allahyarham mempunyai pelbagai penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung serta kencing manis yang menyebabkannya sukar bernafas serta perlu bergantung dengan alat bantuan pernafasan.

Walaupun sedih dengan pemergian itu namun pengasas Takoyaki Desa Putra itu turut memanjatkan kesyukuran kerana berpeluang melihat jenazah Allahyarham diuruskan di hospital menerusi rakaman video selain berkesempatan memberi penghormatan terakhir di tanah perkuburan sekalipun dari jauh.

Dalam perkongsian yang sama, @janatunmaqwa memberitahu, hampir kesemua ahli keluarganya menjalani kuarantin sementara adiknya kini berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Sehubungan itu, katanya, majlis tahlil telah diadakan dalam talian manakala solat jenazah ghaib untuk Allahyarham ayahnya dilakukan oleh pesakit-pesakit COVID-19 di PKRC itu.

Perkongsian @janatunmaqwa itu mendapat perhatian ribuan warga maya yang turut bersimpati dan berkongsi situasi yang sama.