Sean Lee rela kena kecam, tak kisah orang nak cakap apa, netizen tanya apa isu…

Oleh ISMAIL YAHYA

Pelakon dan pengacara, Sean Lee, enggan membaca sebarang komen yang berkaitan dengan penularan video tariannya yang mendapat reaksi negatif daripada peminat.

Sean, atau lebih dikenali sebagai Lee Jia Ern, yang berusia 30 tahun, bagaimanapun, menyatakan bahawa

ini tidak bermakna dia tidak mengambil berat terhadap teguran peminat, malah dia akan berusaha untuk memperbaiki diri.

Sean Lee rela kena kecam, tak kisah orang nak cakap apa, netizen tanya apa isu…

“Saya tidak tahu video menari itu telah menjadi viral kerana saya tidak membuka telefon ketika bekerja dan saya tidak mahu perkara negatif memberi kesan kepada kesihatan mental.

Sean Lee rela kena kecam, tak kisah orang nak cakap apa, netizen tanya apa isu…

“Tetapi saya ok, komen negatif lebih baik daripada tiada komen langsung… Baik atau buruk, itu adalah baik bagi saya untuk memperbaiki diri.

“Saya lebih mengetahui apa yang berlaku di belakang tabir, lantaklah orang nak cakap apa pun! Saya tahu apa yang saya lakukan,” katanya.

Sean memberikan kenyataan ini semasa sidang media Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2023 pada Rabu.

Sementara itu, Sean telah lama berkeinginan untuk melibatkan diri dalam bidang muzik sebagai satu cara untuk meluahkan perasaan dalam lagu.

Namun, Sean menyatakan bahawa minatnya sebagai penyanyi bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana nama besar yang sedia ada, apatah lagi untuk menyertai pertandingan.

“Bukanlah saya nak bersaing dengan penyanyi seperti Aina Abdul atau masuk Anugerah Juara Lagu.

“Tetapi kalau ada rezeki, itu adalah bonus. Saya menyanyi sebagai cara untuk meluahkan perasaan, sama seperti berlakon dalam drama atau filem,” katanya.

Pelakon drama Sweet Dreams itu juga menyatakan bahawa dia tidak dapat memberikan keutamaan kepada kerjaya nyanyiannya kerana perlu fokus pada bidang lakonan, pengacaraan, dan perniagaan.

Sebelum ini, video Sean menari mengikut rentak lagu terbaharunya, “Tak Sanggup Terima,” telah menjadi viral, dan dianggap cuba meniru gerakan ahli kumpulan BTS, iaitu Jung Kook.

NP-2Sean merupakan pengacara bersama Zizan, Sherry, dan Amelia untuk GMWA 2023.

Banyak pihak mendakwa bahawa gerakan dan tarian Sean mirip dengan muzik video Jung Kook yang bertajuk “Standing Next To You.”

“Tak Sanggup Terima” adalah single terbaru Sean yang diciptakan oleh Mas Dewangga dan Jova Devito, dilancarkan pada 1 Disember tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Sean akan menjadi hos bersama Zizan Razak, Sherry Alhadad, dan Amelia Henderson untuk GMWA.

GMWA dijadualkan berlangsung pada 25 Februari 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Baca Juga :“Depan isteri je aku solat, tu pun sebab dia solat, kalau aku dapat bini agama kelaut, dengan aku sekali lemas dengan dunia”