Sebagai ahli parlimen, Ku Li berhak bawa usul undi tak percaya terhadap PM – Annuar Musa

Sebagai ahli parlimen, Ku Li berhak bawa usul undi tak percaya terhadap PM – Annuar Musa

Setiuasaha Agung BN, Annuar Musa berkata semua ahli parlimen berhak untuk mengemukakan sebarang usul di Dewan Rakyat.

Menurut Annuar yang juga menteri wilayah, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah juga tidak terkecuali.

“Tengku Razaleigh mempunyai hak sebagai anggota parlimen untuk kemukakan apa-apa saja usul.

“Pada masa sama Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun juga mempunyai tanggungjawab untuk laksanakan tugas beliau berasaskan kepada peraturan-peraturan sedia ada,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan Inisiatif Wilayah Cakna 3.0 di Putrajaya, hari ini.

Annuar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan Tengku Razaleigh yang memohon jaminan supaya usul undi tidak percaya dibawa Ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad dibentang di Dewan Rakyat.

Selanjutnya, ketika ditanya jika terdapat usaha untuk mengangkat MP Gua Musang itu sebagai perdana menteri, Annuar enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak akan ulas mengenai spekulasi,” katanya ringkas.

Semalam, tular sepucuk surat dari Tengku Razaleigh Hamzah yang menggesa speaker Dewan Rakyat membenarkan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dibahaskan.

Pendedahan itu sehari selepas ahli parlimen Gua Musang itu dipanggil mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pertemuan itu diadakan selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim mengadap Sultan Abdullah bagi menunjukkan dokumen yang dikatakan bukti beliau kini mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen.

Surat Razaleigh, yang juga dikenali sebagai Ku Li, bertarikh 25 September 2020 – dua hari selepas Anwar mengadakan sidang media khas bagi mengumumkan majoriti yang dikatakan dimilikinya.

Dalam surat itu yang dilihat Malaysiakini, Ku Li berkata usul undi tidak percaya sangat penting bagi menentukan sama ada perdana menteri mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat atau tidak.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/546693

COMMENTS