Sebak!!! Ayah hilang kerja kerana PKP, ibu balut bayi dengan plastik tak mampu beli pampers

Sebak!!! Ayah hilang kerja kerana PKP, ibu balut bayi dengan plastik tak mampu beli pampers

Meskipun dilahirkan dalam keluarga berbangsa Cina, namun Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang tidak pernah ‘pilih bulu’ dalam menyalurkan bantuan.

Mana-mana individu atau keluarga yang kurang berkemampuan sama ada daripada bangsa Melayu, India mahupun bangsanya sendiri, Uncle Kentang antara individu yang terawal tampil.

Itulah yang dilakukannya sejak bergerak aktif dalam aktiviti kebajikan beberapa tahun lalu

Tiada duit beli pampers, pakai kain lampin dibalut plastik … bayi 3 bulan… Kami baru hutang RM16.70 dari kedai. Dapat sardine 1 tin, tepung dan telur. Kami ada sikit beras lagi dan satu plastik minyak masak.

Depan rumah ada kolam ada haruan dan ikan keli. Tapi aku tiada mata kail. Aku kerja kedai makan tetapi kedai makan dah tutup. Aku ada motosikal, motosikal kena curi. Aku kini tak ada transport langsung. Baby memang tak minum susu lah. dah 3 bulan.

Tiada duit beli pampers. Pakai kain lampin, itu pun ada 3 helai dan terpaksa balut dengan plastik agar kencing baby tak basahkan tilam buruk. Esok kami cuba mintak permit rentas daerah hantar makanan agar kesihatan baby terjaga. Makanan semakin parah. Ok ok..

Kita beri kaki kepada ayah baby 3 bulan ni…

Saya rasa paling penting ialah beri sebuah motosikal kepada bapa baby pakai plastik sebagai lampin agar dia mudah bergerak cari rezeki. Akan saya mohon permit mintak rentas negeri dan belikan beliau sebuah motosikal.

Permudahkan urusan orang lain, bantulah mereka dan apabila kamu sendiri, ingat Tuhan sentiasa ada. Namun, jangan biarkan diri terlalu lama sendiri. Ajak orang lain untuk sama-sama membantu. Ada ketika kita akan ramai, ada ketika kita akan kembali sendiri. Jangan risau, Tuhan ada. Kamu tidak akan miskin dengan memberi, tidak akan melarat kerana menderma, dan tidak akan berkurang harta kerana bersedekah. Malah kita akan menjadi semakin mulia.

Ada banyak cara untuk menolong orang sekiranya kita pegang prinsip untuk mempermudahkan orang lain. Sekiranya jiran kita keretanya rosak dan dia tidak ada duit, kita permudahkan dia dengan apa yang kita ada. Sekiranya kita pandai tentang kereta, kita baiki keretanya. Sekiranya kita berkemampuan daripada segi wang, kita hantar keretanya ke bengkel dan bayar kosnya. Sekiranya kita tidak punya kemahiran dan wang, kita boleh pinjamkan kereta kita. Sekiranya tidak mampu juga, kita boleh hantarkan dia pergi kerja.

‘CINA GILA’. Itu barangkali tanggapan pertama orang ramai apabila mendengar kisah Uncle Kentang. Mana tak gila & tak masuk akal. Caj ambulans hanya 10 sen. Nak guna van jenazah, perlu bayar RM1 sahaja. Kaki palsu percuma, makanan percuma dan banyak lagi benda tak terjangkau dek akal yang dibuat di bawah nama Kentang Initiatives.

Uncle Kentang luah perasaan… puji Melayu sambil imbau kisah ayah diterima baik walau bergelar pendatang – “Biar aku notakan sebelum pulang ke kub-ur”
Jika disoroti perkongsiannya di laman Facebook, Uncle Kentang banyak membantu mempermudahkan urusan pengebumian orang Islam yang kurang berkemampuan, terutama urusan penghantaran pulang jenazah.

Rupa-rupanya, ada cerita mengapa lelaki ini begitu bersungguh-sungguh terlibat dalam aktiviti kebajikan, khususnya membabitkan masyarakat Melayu.

“Saya berterima kasih kepada Melayu, asalnya Melayu orang yang sangat mulia dan tiada niat jahat. Ini kisah benar. Ayah saya Kuan Mui Hong belayar dari negara China naik kapal berminggu baru sampai ke Nanyang (Malaysia). Beliau terus pilih Batu Pahat sebagai tempat landing kerana dekat dengan laut.

“Saya ingin perjelaskan keikhlasan Melayu menerima pendatang yang merantau ketika itu… saya sungguh terharu pasal bab ini. Ayah saya diterima baik.

“Saya sangat berterima kasih kepada orang asal dan orang Melayu yang telah menerima ayah saya untuk memilih negara ini sebagai negara yang ayah saya yakin ada masa depan untuk anak beliau,” tulisnya menerusi satu perkongsian terbaharu di laman Facebook.

Uncle Kentang tidak memilih bulu ketika menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Tulis lelaki ini lagi, dia rasa terpanggil untuk berkongsi kisah berkenaan kerana mahu semua rakyat Malaysia hidup dalam keadaan harmoni walaupun berbeza fahaman politik.

“Saya buat nota ini dari hati saya kerana tak mau kita bergaduh dan salah sangka. Kalau Melayu tak suka Cina, lama dah kita tak dapat landing di Tanah Melayu ini.

“Jadi tiada perbalahan sebenarnya berlaku… hanya mereka yang kini suka berpolitik mencari pasal,” tulisnya.

Tambah Uncle Kentang, dia sedar kebanyakan pihak tertanya-tanya tindakannya yang aktif menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa sungguhpun bukan bergelar ahli politik mahupun individu kenamaan.

Sehingga kini saya akan kenang jasa sampai akhir hayat saya… saya tulis ini untuk di tinggalkan kepada anak anak saya agar hidup berharmoni di tanah yang bertuah ini, Malaysia.

“Ramai akan rasa saya pelik dan janggal. Tapi biarlah aku notakan kebaikan orang Melayu sebelum aku pulang ke kubur aku agar kita faham sejarah lampau… agar kita menaikkan semula jalinan kasih yang kita ada dulu, kini dan seterusnya.

“Melayu semua baik baik belaka…. India pun baik baik belaka buat railway, jalan dan bertungkus lumus buat estet dan lain lain. Terima kasih pada orang Melayu asal yang memberi peluang pada ayah saya.

Uncle Kentang sering turun padang membantu urusan penghantaran jenazah.

“Sehingga kini saya akan kenang jasa sampai akhir hayat saya… saya tulis ini untuk di tinggalkan kepada anak anak saya agar hidup berharmoni di tanah yang bertuah ini, Malaysia.

“Saya janji saya akan sumbangkan apa jua yang sama mampu untuk Malaysia,” tulisnya lagi.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga 4,600 shares.