Sebenarnya wujud ke naga di Tasik Chini? Ini jawapan pakar penyelidik

Oleh GEMILANGDAILY

Sebenarnya wujud ke naga di Tasik Chini? Ini jawapan pakar penyelidik.

Sejak kebelakangan ini, Tasik Chini menjadi tumpuan media massa.

Semuanya kerana khabar angin status Rizab Biosfera UNESCO yang dianugerahkan kepada tasik berkenaan akan ditarik balik.

Sebenarnya wujud ke naga di Tasik Chini? Ini jawapan pakar penyelidik

Ini disebabkan kerosakan yang dicetuskan oleh aktiviti pembalakan dan perlombongan yang dibuat di situ selama beberapa tahun.

Disebabkan aktiviti manusia yang tamak haloba, tertanya-tanya juga masihkah wujud naga legenda di tasik berkenaan?

Kisah naga Tasik Chini ini dianggap terkenal sama seperti kisah raksasa Loch Ness.

Kononnya di tasik berkenaan, wujud seekor naga yang dikatakan menjadi punca kewujudan tasik berkenaan.

Bukan sekali orang mendakwa melihat makhluk berkenaan termasuk seorang jurutera British bernama Arthur Potter pada 1956.

Tetapi sampai sekarang, tiada bukti yang menunjukkan haiwan tersebut wujud termasuk fosil.

Nenek tua itu mengingatkan kumpulan tersebut bahawa mereka sepatutnya meminta izin daripada semangat hutan sebelum membuka tanah. Sebaik menyedari mereka telah melakukan kesilapan, kumpulan orang asli Jakun itu memohon maaf kepada wanita berkenaan.

Selepas berpuas hati dengan permohonan maaf mereka, nenek itu memacakkan tongkatnya ke tanah sebagai penanda sempadan antara kawasan orang asli Jakun dengan hutan.

Nenek tua itu turut mengingatkan mereka agar tidak sekali-kali mencabut tongkatnya. Jika mereka berbuat demikian, maka padah menanti kumpulan berkenaan. Pada awalnya, kumpulan orang asli Jakun itu akur dan mematuhi ingatan nenek berkenaan.

Tetapi adatlah bila sudah lupa, benda yang ditegah jangan buat, tetap juga buat. Bila sudah terkena, yang susah diri sendiri. Dan itu yang berlaku kepada kumpulan orang asli Jakun itu. Semuanya kerana mereka mendengar bunyi anjing menyalak di pinggir hutan.

Sebaik kumpulan itu melihat apa yang berlaku, mereka mendapati anjing tersebut menyalak pada sebatang kayu balak yang telah reput.

Didorong oleh rasa ingin tahu, salah seorang daripada mereka membaling batu pada kayu berkenaan.

Tiba-tiba ia memancutkan darah selepas terkena lontaran batu. Ini mendorong beberapa orang lagi melakukannya walaupun cuba ditegah oleh orang-orang tua sebagai perbuatan sia-sia. Lebih banyak darah memancut keluar dari kayu berkenaan dan mengalir atas tanah.

Tiba-tiba, orang asli Jakun merasa terkejut melihat langit yang cerah bertukar menjadi gelap dan hujan turun mencurah-curah. Takut basah lencun, ramai berlari mencari tempat teduh. Tapi dalam sibuk-sibuk berlari cari tempat teduh, ada yang terlanggar tongkat nenek tua itu sehingga ia tercabut.

Akibatnya, air mencurah-curah keluar dari lubang tempat tongkat tersebut dipacak.

Setelah bertahun-tahun, ia membentuk sebuah tasik yang kita kenali hari ini sebagai Tasik Chini. Bagi orang asli Jakun yang terselamat, barulah mereka sedar kayu balak reput itu sebenarnya samaran bagi makhluk yang menghuni kawasan tersebut.

Patutlah nenek tua itu pacakkan tongkatnya sebagai sempadan sebab nak elak mereka daripada menjadi mangsa makhluk berkenaan. Rupanya itulah naga yang bernama Seri Gumum.

Dalam kisah kedua, pada satu ketika, wujud sebuah taman yang dipanggil Taman Larangan di atas Tasik Chini.

Taman tersebut dihuni oleh seorang puteri jelita bernama Seri Gumum akibat satu sumpahan. Tetapi segala-galanya berubah apabila seorang putera asing bernama Putera Kemboja tiba di Tasik Chini. Sebaik kedua-duanya saling bertentang mata, maka lahirlah cinta pandang pertama yang membara.

Walaupun saling mencintai antara satu sama lain, Seri Gumum tidak mahu meninggalkan Taman Larangan kerana sumpahan yang dikenakan pada dirinya. Sekiranya baginda berbuat demikian, maka sumpahan itu akan terkena pada Putera Kemboja yang dikasihinya.

Bagaimanapun, selepas dipujuk berkali-kali oleh Putera Kemboja termasuk keinginannya untuk sehidup semati dengan Seri Gumum, baginda akur dan memecahkan kurungan tersebut. Sebaik itu berlaku, kedua-duanya bertukar menjadi naga dengan Taman Larangan hilang selama-lamanya di dasar Tasik Chini.

Pada satu malam, tatkala Sungai Pahang dilimpahi air, merpati dua sejoli itu mengambil keputusan untuk berenang ke hilir dan menuju ke laut. Sedang kedua-duanya enak berenang dalam laut, Seri Gumum teringat baginda tertinggal setagen (sejenis ikat pinggang bagi perempuan) di Tasik Chini.

Lantas, baginda berpusing balik terlebih dahulu bagi mendapatkannya. Sementara Putera Kemboja yang terlalu seronok dengan rupa barunya terus berenang tanpa menyedari kehilangan kekasih hatinya itu.

Selepas berenang untuk mengejar Putera Kemboja, tiba-tiba setagen Seri Gumum tersangkut pada seketul batu. Ini selepas baginda berenang terlalu hampir dengan sebuah pulau yang dipanggil Pulau Bukit Dato. Seri Gumum cuba melepaskan diri tetapi gagal.

Tambah parah, ayam telah berkokok bukan saja menandakan siang bakal menjelma. Malah, ia sebenarnya isyarat buat baginda perlu tunggu sebelum kembali bergerak pada waktu malam.

Seri Gumum berharap tatkala menunggu, Putera Kemboja akan kembali ke sisinya.

Bagaimanapun, itu tidak berlaku dengan baginda terlalu letih dan tidak cukup nafas sekaligus membawa kepada kemangkatannya. Perlahan-lahan, jasadnya berubah menjadi sebuah pulau di mana ia kerap dikunjungi oleh burung tiom. Ini membawa kepada nama pulau itu iaitu Pulau Tioman.

Selepas berenang beberapa lama, Putera Kemboja baru perasan Seri Gumum tidak berada di sisinya. Dan seperti kekasihnya itu, baginda turut mendengar bunyi ayam berkokok yang menandakan bahawa baginda harus berhenti.

Sebaik saja itu berlaku, Putera Kemboja mengalami nasib sama seperti kekasihnya. Jasadnya itu berubah menjadi sebuah pulau yang kita kenali hari ini sebagai Pulau Lingga

BACA:

Isteri Hashim Jasin meninggal dunia

Gara-gara susah nak dapat sparepart, juruterbang pesawat ini diminta kurangkan guna brek pesawat