“Sebijik macam nenek aku buat”, resepi mee goreng bungkus surat khabar sebenar. Mi goreng berbungkus surat khabar merupakan trend popular sewaktu era 90-an dan sebelumnya.
Kini, stail ini masih lagi dibuat tetapi sudah jarang dijumpai dan memang susah nak rasa kesedapan mi goreng yang sebegini.
Justeru itu pada kali ini, penulis ingin membawa anda menggamit nostalgia lama mengenai resepi mi goreng basah berbalutkan surat khabar yang dikongsikan oleh saudara Emee Sham.
Ia kaya dengan pelbagai jenis perencah yang boleh membuka selera anda sambil mengenang kenangan lalu.
STAIL MI GORENG BASAH TAK LOKEK PERENCAH
Ini abang bukan beli tau, abang masak mee goreng nostalgia. Payah nak dapat rupa mee goreng macam ini sekarang.
Rencah dia kita bubuh sawi, tauge, isi ayam, taqua, telur. Kita bungkus siap dengan paper baru datang kick dia. Kita bubuh juga cabai jeruk (cili jeruk) dengan perahan limau nipis masa kita makan.
Memang surrr baq hang, pebret mak andeh kita ni. Jemput makan geng tak hensem tak apa janji dapor berasap.
RESEPI MI GORENG BASAH
- Sepeket mi kuning (lalukan dengan air paip)
- Isi ayam
- Air rebusan ayam
- Telor
- Sawi
- Tauge
- Bawang putih
- Bawang merah (tumbuk halus).
- Cili kisar
- Sos tiram
- Sos cili
- Tauhu goreng yang dihiris
- Kicap lemak manis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Gorengkan 2 biji telur, hancurkan kasar dan ketepikan.
2. Tambah sedikit minyak pada kuali dan tumiskan bawang. Biar agak garing.
3. Kemudian masukkan cili kisar dan kacau rata. Tumis sampai cili masak.
4. Dah okay masukan isi ayam dan kacau rata. Biar seketika dan masukkan sos tiram, sos cili dikacau rata.
5. Terus masukkan air rebusan ayam biar mereneh seketika. Kepekatan kuah ikut sukatan memasing.
6. Letakkan kicap lemak manis dan sedikit sahaja kicap masin. Biar mendidih dan masukkan tauhu dan telur.
7. Last masukkan mee dan kacau rata. Bubuh sawi dan tauge kacau rata. Kalau warna kurang, curahkan kicap lemak manis lagi. Kacau rata dan tutup api
BACA: