Sedia khidmat sewa tayar untuk lulus Puspakom, ini respon Menteri Pengangkutan

Oleh ISMAIL YAHYA

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, hari ini mengumumkan bahawa kementeriannya akan bekerjasama

Dengan agensi-agensi berkaitan untuk menutup segala kelemahan dalam sistem pemeriksaan kenderaan di negara ini.

Salah satu isu yang dikenal pasti adalah amalan sesetengah pemilik kenderaan komersial yang menukar alat ganti rosak sementara untuk lulus pemeriksaan Puspakom.

Menurut Loke, pihak kementerian menyedari terdapat jurang dalam peraturan yang membolehkan tindakan seperti ini berlaku.

Sebagai contoh, apabila pemilik kenderaan menukar tayar mereka hanya untuk lulus ujian, ia seolah-olah menandakan ada kelemahan dalam sistem pemeriksaan yang perlu diperbaiki.

Sedia khidmat sewa tayar untuk lulus Puspakom, ini respon Menteri Pengangkutan

“Sebagai contoh, apabila seseorang menukar tayar mereka sebelum ke Puspakom, ia mendapat kelulusan, namun selepas itu, mereka akan menggantikannya kembali dengan tayar lama yang sudah haus,” ujarnya dalam sidang media selepas majlis di Kuala Lumpur.

Isu yang sama pernah timbul mengenai tingkap berwarna gelap. Dulu, pemilik kenderaan yang mempunyai tingkap gelap tidak akan lulus pemeriksaan Puspakom.

Akibatnya, ramai yang mengambil jalan pintas dengan menukar kaca gelap mereka kepada yang lebih terang hanya untuk lulus ujian, sebelum memasang kembali kaca gelap selepas pemeriksaan selesai.

Loke menambah bahawa kementeriannya telah bertindak untuk mengubah peraturan ini, membenarkan tingkap berwarna gelap dengan syarat ia memenuhi spesifikasi undang-undang yang ditetapkan.

“Kami menyelesaikan masalah tingkap gelap dengan perubahan peraturan. Kini, tingkap gelap dibenarkan selagi ia mematuhi piawaian yang ditetapkan,” tambahnya.

Loke turut mengumumkan bahawa kementeriannya, bersama dengan Kementerian Dalam Negeri, sedang berusaha untuk menangani kelemahan-kelemahan dalam sistem pemeriksaan kenderaan ini.

Selain itu, mereka juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meneliti isu-isu integriti dan memastikan perkara ini tidak berulang di masa depan.

Pada 30 Disember lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melakukan serbuan besar-besaran di Puspakom Wangsa Maju. Dalam operasi yang melibatkan 350 pegawai, 115 kenderaan telah diperiksa, dengan 69 saman dikeluarkan dan tindakan ke atas 29 kenderaan diambil.

Selain itu, tujuh kenderaan dirampas, termasuk dua lori yang didapati beroperasi dengan tayar yang sangat haus dan berisiko tinggi terhadap keselamatan.

BACA: Panas!! Timbalan Menteri Agama sekolahkan Presiden Pas