Assalamualaikum admin, saya telah berumahtangga sejak hampir 5 tahun yang lalu dan kini mempunyai seorang anak yang berusia hampir 2 tahun.
Baru – baru ini saya mendapat tahu bahawa isteri telah berlaku curang dan buat pengetahuan admin, ini adalah kali yang kedua.
Pertama kali ia berlaku (dalam 3 tahun yang lepas), saya maafkan isteri dan cuba sedaya upaya untuk melupakan apa yang telah berlaku
kerana saya masih amat sayangkan padanya. Perkara itu memang terlalu mengecewakan bagi saya,
tapi saya tetap tabah dan bersabar menghadapinya walaupun begitu pahit sekali menanggung kes4kitan.
Lagipun, pada waktu itu, isteri saya telah pun berjanji untuk tidak mengulangi perkara tersebut dan terus bekerjasama dengan saya untuk memperbaiki rumahtangga kami
. Kepercayaan kepada isteri pada mulanya telah lenyap, tetapi hari demi hari ia kembali berputik dan tidak lama kemudian kami dikurniakan dengan seorang cahaya mata.
Tidak lama kemudian, saya dapat rasakan ada yang tidak kena sejak pertengahan tahun lepas. Saya kembali mula syak wasangka pada isteri apabila terdapat beberapa kejanggalan dalam tingkah lakunya. Terdapat tanda – tanda kuat yang isteri saya berlaku curang pada saya lagi skali.
Untuk dipendekkan cerita, baru – baru ini saya mendapat tahu bahawa segala apa yang saya syak memang benar – benar berlaku. Saya tidak sangka ia benar – benar berlaku walaupun sudah beribu kali saya nasihatkan isteri saya, supaya jangan mengulangi perkara lepas, jaga batasan dan berfikir masak – masak dahulu sebelum melakukan suatu perkara yang boleh meruntuhkan rumahtangga.
Paling selalu saya nasihatkan padanya, jika dia tidak hiraukan perasaan saya sekalipun, tolonglah fikir tentang anak yang seorang tu, kerana apabila dia mengkhi4nati kepercayaan saya, dia juga secara terusan mengkhi4nati anak sendiri.
Sudah berkali saya ingatkan dia, jika dia tidak jujur, lama – kelamaan kebenaran tu akan muncul juga. Namun sedih skali, nasihat hanya tinggal nasihat. begitu cetek skali pemikiran isteri saya. Saya begitu kenal isteri saya, apabila ada sesuatu yang janggal, saya dapat kesan.
Sepanjang perkahwinan kami, apabila saya ada syak sesuatu, saya pasti betul, adakala saya rasa ini bagai suatu sump4han pula. Memang benar firasat saya bahawa dia telah curang buat kali kedua, tanpa syak wasangka lagi.
MaIangnya, kali kedua ini terlalu menyedihkan dan mengecewakan saya hingga tertutup sudah hati saya untuk meneruskan hidup dengan dia. Isteri masih belum tahu lagi yang saya sudah dapat tahu perkara sebenar, ini kerana saya fikirkan tentang anak kerana saya amat terlalu sayangkan anak saya.
Saya telah pun menghubungi bahagian perundangan keluarga Islam di JAIS dan meminta nasihat tentang tindakan selanjutnya jika saya ingin melepaskan isteri saya. Saya telah disarankan untuk melalui program kaunseling, di mana saya telah pun jangka kerana ini prosedur yang normal.
Namun terus terang saya katakan hati ini dah langsung tertutup buat isteri saya, mengenangkan sudah beribu peluang saya beri padanya untuk jujur dengan saya. Matlamat kaunseling pula adalah untuk menyelesaikan konflik rumahtangga sebaik mungkin.
Bagi saya, jalan penyelesaian hanyalah dengan melepaskan isteri saya. Saya sudah tidak mahu lagi mend3rita dalam perkahwinan yang tiada unsur kejujuran langsung. Kali pertama, mungkin boleh dimaafkan walaupun amat perit, tapi kali kedua, maaf saya katakan bahawa saya hanya manusia biasa dan setiap manusia mempunyai had kesabaran masing – masing.
Dilema saya dalam situasi ini adalah anak. Saya terlampau sayang pada anak saya dan tidak mahu hilang hak penjagaan ke atasnya apabila saya melepaskan isteri saya nanti. Secara terang – terang sebenarnya isteri saya ni memang telah berlaku curang dan saya rasa dia tidak layak sama sekali mendapat hak penjagaan kerana dia telah mengkhi4nati kami walaupun telah berkali diberi peringatan.
Namun, apa yang difahami, untuk saya membuat dakwaan demikian, saya harus mempunyai bukti yang kukuh dan bukan hanya cakap mulut saja. Secara jujurnya, bahan bukti yang saya ada hanyalah beberapa “screensh0ts” perbualan isteri saya dengan “kekasih”nya melalui Yahoo Messenger.
Dalam “screensh0ts” tersebut memang terpapar perbualan “intim” isteri saya dengan kekasihnya itu, di mana terdapat beberapa “keywords” yang memperkuatkan tuduhan saya bahawa isteri telah curang seperti “i love you so much”, ” k1ssing you was the best”, “i miss you”, “lets meet up tonight”, dan sebagainya. Terdapat 27 screensh0ts yang saya dapat.
Kalau mengikut sistem perundangan, saya sedar bahawa bahan bukti seperti ini tidak benar – benar kukuh dan amat terbuka untuk pertikaian. Saya amat buntu, kerana tidak tahu bahan bukti seperti mana lagi yang boleh digunakan.
Saya ada terfikir, mungkin bahan bukti seperti rakaman video, atau audio, ataupun gambar foto adalah lebih kuat, tetapi, kebarangkalian untuk saya mendapatkan bahan – bahan seperti itu amatlah rendah untuk mengupah penyiasat persendirian pun terlalu mahal dan berisiko.
Saya amat buntu admin. Saya terlalu sayangkan anak saya, tak mungkin saya dapat teruskan hidup secara normal tanpa dia. Lagipun dari segi penjagaan anak, secara jujurnya saya lebih banyak menjaga anak dengan baik, tidak cepat marah – marah seperti isteri saya.
Saya lebih banyak luangkan masa dengan anak walaupun kerja bertimbun, perihal memandikan anak, mencuci n4jis anak, memberi susu dengan sukatan yang ideal, memastikan keselamatan anak ketika bermain, menidurkan anak dengan perasaan sabar yang tinggi dan sebagainya.
Semua ini boleh diperiksa kesahihannya dengan ahli keluarga yang lain termasuk keluarga sebeIah isteri sendiri. Pendek kata, saya seorang yang amat penyabar manakala isteri pula mempunyai kualiti yang bertentangan, cepat marah walaupun anak masih tidak mengerti.
Saya sentiasa meletak anak sebagai prioriti utama, manakala isteri lebih mementingkan telefon bimbitnya, kawan – kawannya dan lebih suka kebebasan. Saya ingin mendapatkan nasihat dari para pembaca mengenai situasi ini.
Bahan bukti seperti mana lagi yang boleh diguna pakai di mahkamah jika saya benar – benar ingin meneruskan dakwaan curang terhadap isteri saya? Bagaimana caranya untuk saya memperkukuhkan peluang untuk mendapat hak jagaan sepenuhnya?
Bagi pengetahuan admin, saya memang berkemampuan untuk menjaga dan mendidiknya, saya memiliki sebuah rumah selesa yang baru dibeli, menanggung insurans anak sejak dia lahir,
memang saya sentiasa memberikan hanya yang terbaik untuk anak saya mengikut kemampuan saya termasuklah kualiti makan minumnya, pemakaiannya, bahan interaksinya, tempat tinggal dan sebagainya.
Minta maaf jika email ini terlalu panjang. Tapi terima kasih jika admin telah pun baca sejauh ini. Saya amat sedih skali, menggigil sambil menaip,
cuma saya rasa amat buntu, perIukan nasihat daripada seseorang yang bertauliah seperti admin. Siapa yang ada cadangan dan pandangan sila komen..
BACA: Bukti Madani tak ‘selek’, kerabat Sultan Pahang pun diheret ke mahkamah