Sedih tak dapat kerja offshore atau ‘oil and gas? Wanita dedah lubuk syarikat besar tawar gaji lumayan, bonus kencang!

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Ramai anak muda di negara ini menghadapi cabaran untuk mendapatkan pekerjaan impian dengan gaji yang memuaskan.

Seorang bekas jurutera kimia, Sarini Zainal, berkongsi tip mencari pekerjaan dengan syarikat-syarikat multinasional (MNC) di sekitar Bangsar South, Kuala Lumpur, melalui platform X.

Sarini menekankan bahawa terdapat pelbagai peluang yang menarik di MNC yang terletak di kawasan tersebut, menawarkan gaji lumayan serta pelbagai faedah tambahan.

“Jangan terlalu tertekan jika tidak berjaya masuk syarikat minyak dan gas yang terkenal.

Terdapat banyak MNC lain yang menawarkan gaji lebih besar, faedah yang lebih menarik, dan bonus yang banyak.

Sedih tak dapat kerja offshore atau 'oil and gas? Wanita dedah lubuk syarikat besar tawar gaji lumayan, bonus kencang!

“Tidak perlu pergi offshore, elaun untuk tugas luar bandar boleh mencecah AS$120 sehari. Cari MNC. Terdapat pelbagai jenis syarikat di Bangsar South yang menawarkan peluang yang unik.

“Elaun untuk bahasa Korea pun boleh mencapai RM2,000 hingga RM3,000 sebulan, belum termasuk gaji asas,” katanya dalam perkongsian yang viral.

Dia juga menggalakkan pencari kerja untuk menjelajah kawasan Bangsar South sendiri yang terkenal dengan kehadiran banyak syarikat besar.

“Jelajahlah kawasan tersebut. Anda boleh singgah di The Sphere. Terdapat direktori syarikat di sana. Ia seperti tempat beli-belah untuk pekerja.

“Saya tidak akan senaraikan nama syarikat di Bangsar South. Anda perlu membuat penyelidikan sendiri. Saya berusia 37 tahun dan anda sebagai graduan baru perlu melakukan kerja rumah anda.

“Gunakan tren, berhenti di stesen Kerinchi dan teruskan dengan penerokaan. Dahulu saya hanya naik motosikal dari Shah Alam sendirian untuk mencari pekerjaan. Malas? Gunakan Google,” pesannya.

Sarini juga mencadangkan agar pencari kerja bertanya kepada penduduk tempatan atau mereka yang bekerja di kawasan tersebut untuk maklumat tentang kekosongan jawatan.

“Di sana ada direktori syarikat. Ambillah gambar, catat maklumat dalam telefon anda. Kemudian, buka JobStreet atau LinkedIn di rumah. Terdapat banyak peluang pekerjaan di sana.

“Jika anda berjumpa orang di pejabat, jangan segan untuk bertanya tentang peluang pekerjaan. Cuba dan nikmatilah proses ini,” jelasnya.

Tambahnya lagi, Sarini menasihati pencari kerja untuk sentiasa aktif di platform JobStreet dan memanfaatkan agen penyalur kerja yang boleh membantu mendapatkan pekerjaan dengan lebih efektif.

“Ramai yang tidak tahu bagaimana untuk menghantar permohonan. Mari saya tunjukkan. JobStreet perlu dibuka secara kerap. Mereka telah menyediakan butiran gaji untuk sesetengah syarikat.

“Hantar banyak permohonan. Di sini, agen akan berperanan dalam mempromosikan anda kepada syarikat dan mereka lebih cenderung untuk membantu sebab mereka mendapat komisyen,” katanya lagi.

BACA: Tak tahan dikecam netizen, akhirnya Ustaz Tido mengaku hanya lulusan sekolah agama biasa