Seiring dengan peredaran zaman, bomoh tawar santau dalam Carousell

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Satu iklan yang unik di Carousell telah menarik perhatian netizen apabila seorang bomoh menawarkan “

Ritual Cinta Hardcore dan Mantra Rekonsiliasi” dengan harga S$500 (kira-kira RM1,700), lapor MSN.

Ritual ini dikatakan dilakukan oleh seorang bomoh terkenal dari Chiang Mai, Thailand, yang dikenali sebagai AJ James.

Perkhidmatan yang tidak biasa ini telah menjadi topik hangat di media sosial.

Menurut iklan tersebut, AJ James adalah seorang ‘ajarn’ (gelaran untuk guru atau master) berpengalaman yang dikatakan memiliki rekod kejayaan yang luar biasa dalam menyatukan pasangan.

Seiring dengan peredaran zaman, bomoh tawar santau dalam Carousell

Ritual ini direka khas untuk mereka yang baru putus cinta dan ingin mencari ketenangan, menghadapi masalah dalam perkahwinan atau percintaan, sering bertengkar dengan pasangan, merasa curiga dengan kehadiran orang ketiga, atau yang sukar untuk berhubung secara emosional dengan orang tersayang.

Lebih menarik, ritual ini boleh dilakukan dari jarak jauh hanya dengan menghantar foto dan maklumat peribadi “sasaran” kepada AJ James.

Ritual yang ditawarkan dikenali sebagai “Bloodworm Love Ritual”, yang dikatakan sebagai teknik purba yang diwarisi daripada ilmu Thai Lanna Wicca. Ritual ini dikatakan eksklusif kepada AJ James kerana ilmu ini hanya diwarisi secara turun-temurun dalam keluarganya.

Sebagai bukti keaslian, AJ James turut menyediakan gambar dan video sebagai dokumentasi bahawa ritual tersebut telah dilaksanakan.

Namun, iklan tersebut memberi amaran kepada pelanggan untuk tidak menyalahgunakan ritual ini atau membuat keputusan tergesa-gesa berkaitan cinta.

“Ritual ini bukan untuk digunakan secara sembarangan, terutamanya untuk seseorang yang baru anda kenali,” jelas iklan itu.

Reaksi netizen terhadap iklan ini berbeza-beza. Iklan ini membuka perbincangan tentang bagaimana ritual tradisional dan kepercayaan mistik kini dijual melalui platform digital seperti Carousell, menjadikannya mudah diakses oleh masyarakat moden.

Ada yang merasa skeptikal, sementara yang lain tidak terkejut dengan adanya perkhidmatan seperti ini.

Sebahagian netizen berpendapat bahawa permintaan untuk perkhidmatan seumpama ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, terutamanya di Asia Tenggara, di mana kepercayaan mistik masih memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat.

BACA: Bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dilantik sebagai TYT Sabah