Tular di media sosial, seorang wanita terpaksa melalui detik yang sangat menyedihkan
apabila bakal suaminya membatalkan majlis perkahwinan pada saat-saat akhir.
Kisah yang dikongsi melalui akaun TikTok @puteriarissafrh ini menunjukkan wanita tersebut tetap meneruskan
sesi solekannya bersama makeup artist (MUA) walaupun sudah dimaklumkan bahawa pengantin lelaki tidak akan hadir ke majlis satu jam sebelum akad nikah dimulakan.
MUA Puteri mendakwa pengantin lelaki telah memilih orang ketiga sebagai punca sebenar pembatalan majlis tersebut.
“Lagi sejam nak bernikah, pihak lelaki cancel,” kata Puteri di ruangan kapsyen.
Difahamkan, pihak pengantin perempuan telah mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut ganti rugi atas tindakan tidak bertanggungjawab pengantin lelaki.
@puteriarissafrhSenyum untuk bagi kekuatan 🫠
Melihat kepada ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kasihan terhadap pengantin perempuan yang terpaksa menanggung malu akibat keputusan yang dibuat oleh bakal suaminya pada saat akhir.
Dalam pada itu, ramai juga yang mendoakan agar pengantin perempuan terus tabah menghadapi dugaan ini dan semoga Allah menggantikannya dengan seseorang yang lebih baik.
BACA: Ini punca ikat jamin 6 rakyat Malaysia ditolak, terpaksa meringkuk penjara Narathiwat 84 hari