Sejarah baru, pesawat terbesar dunia kini jalani ujian penerbangan

Sejarah baru, pesawat terbesar dunia kini jalani ujian penerbangan

Sejarah baru, pesawat terbesar dunia kini jalani ujian penerbangan. Pesawat terbesar di dunia dengan panjang sayap 116.73 meter terbang di langit Gurun Mojave, California untuk melengkapkan penerbangan ujian selama enam jam dan mencipta rekod baharu, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Pesawat pengangkut dinamakan Stratolaunch Roc atau Roc itu melakukan penerbangan ujian kedua pagi Jumaat lalu sambil membawa bersamanya sebuah pesawat Talon-A.

Talon-A (TA-O) ialah pesawat ujian sepanjang 8.5 meter yang boleh diguna semula dan boleh membawa muatan pada kelajuan hipersonik atau lebih lima kali ganda kelajuan bunyi.

Penerbangan pada Jumaat lalu adalah yang kesembilan buat Roc. Objektif utama penerbangan itu termasuk penerbangan kali pertama di luar kawasan Gurun Mojave dan menilai tentang perbezaan persekitaran.

Sejarah baru, pesawat terbesar dunia kini jalani ujian penerbangan

Sejarah baru, pesawat terbesar dunia kini jalani ujian penerbangan

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Stratolaunch, Zachary Krevor berkata: “Pasukan kami yang hebat terus membuat kemajuan pada garis masa ujian kami dan melalui kerja keras, kami semakin hampir ujian penerbangan hipersonik yang pertama.”

Talon-A ialah salah satu daripada siri pesawat Talon berkuasa roket yang dibangunkan oleh Stratolaunch. Ia boleh mencapai kelajuan sehingga Mach 6 atau enam kali ganda kelajuan bunyi.

Roc akan menjalankan ujian pemisahan prototaip Talon-A dengan pesawat induk berkenaan di Lautan Pasifik Disember 2023 dan sekiranya berjaya, syarikat itu menyasarkan untuk melancarkan pesawat ujian hipersonik pertamanya, Talon-A TA-1.

Pesawat Stratolaunch mempunyai berat kira-kira 226.79 tan tanpa sebarang kargo tetapi boleh berlepas ke udara dengan berat maksimum 589.67 tan.

Pesawat itu dikuasakan oleh enam enjin Boeing 747 dan mempunyai kelajuan maksimum 853 kilometer sejam, manakala tingginya ialah 15.24 m iaitu lebih tinggi daripada bangunan empat tingkat.

Ia bina oleh sebuah firma dengan nama yang sama dan diasaskan pada 2011 oleh mendiang Paul Allen iaitu pengasas bersama Microsoft.

BACA:

Kisah Telur di Malaysia yang ramai buat-buat faham rupanya tak faham

Suami habiskan RM5K hanya untuk beli tudung Fatin Afeefa

Senarai buah-buahan paling mahal dalam dunia, nombor 4 paling tak sangka

CATEGORIES