Sekali Menteri berdehem, terus pulih bekalan gula di Kelantan rupanya ini punca putus stok gula masa raya.
Bekalan gula bagi paket satu kilogram (kg) di Kelantan kembali pulih apabila kebanyakan kedai sudah mendapat barangan keperluan itu sejak beberapa hari lalu.
Tinjauan di beberapa premis di sekitar Kota Bharu termasuk sebuah pasar raya besar dan kedai runcit mendapati stok gula sudah ada di kedai berikutan bekalan itu sampai sejak kelmarin dan semalam.
Pengurusnya, Zaidi Hamat berkata, pasar raya berkenaan tidak mempunyai masalah berikutan bekalan gula yang banyak dan mampu menampung permintaan daripada pemborong, peruncit dan pembeli secara runcit.
Katanya, bagi pelanggan yang mahu membeli dalam kuantiti banyak terutama pemborong dan peruncit, mereka perlu mempunyai kad pemborong.
“Kad ini membolehkan mereka membeli bekalan gula secara pukal untuk dijual kembali kepada pelanggan.
“Bagi pelanggan yang membeli secara runcit, kita mengehadkan setiap seorang boleh membeli sebanyak tiga kg sahaja. Ini untuk memastikan semua pelanggan yang datang untuk mendapatkan bekalan dapat membeli gula,” kata di sini, hari ini.
Sementara itu, peniaga kedai borong dan runcit, Nor Azlinda Roslan, 35, berkata, bekalan gula sampai di kedainya sejak tiga hari lalu dan habis dalam masa sehari sebelum stok baharu sampai semalam sebanyak 1,920 kg.
Katanya, sebaik stok sampai ramai yang datang memborong dan membeli secara runcit, namun dihadkan kepada tiga kg seorang.
“Bagi peniaga dan mereka yang mempunyai lesen borong, saya membenarkan mereka membeli secara pukal.
“Yang tiada lesen, saya mengehadkan pelanggan dapat membeli sebanyak tiga kg seorang sahaja kerana mahu memastikan semua yang datang mendapat bekalan gula,” katanya yang berniaga di Tanjung Chat di sini.
Menurutnya, masalah ketiadaan gula pada minggu pertama Aidilfitri disebabkan bekalan tidak sampai dan kini beransur pulih
Berikut adalah senarai lima perkara yang perlu anda ketahui mengenai isu bekalan gula di Kelantan dan Terengganu:
1. Isu bekalan gula terputus di Kelantan dan Terengganu berlaku akibat penutupan sementara kilang MSM di Johor dan Perai, Pulau Pinang sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini. Kedua-dua kilang itu bagaimanapun sudah mula beroperasi 25 April lalu.
2. KPDN telah mengambil tindakan menyelesaikan masalah ini dengan mengedarkan bekalan gula paket 1kg sebanyak 250,000kg yang ada dalam simpanan pemborong utama di Kelantan kepada pemborong dan peruncit yang terjejas.
3. Terdapat lapan pemborong utama gula di Kelantan yang mana empat pemborong utama gula menerima sebanyak 140.72 metrik tan gula daripada MSM. Bekalan baharu tersebut akan diagihkan kepada pemborong dan peruncit mulai esok dengan pemantauan oleh KPDN Kelantan.
4. KPDN turut bekerjasama rapat dengan dua pengilang utama negara iaitu MSM dan CSR bagi memastikan isu gangguan bekalan ini diatasi dengan segera di negeri yang terbabit.
KPDN akan bertindak tegas kepada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan di atas situasi yang berlaku atau melanggar mana-mana peruntukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan perundangan subsidiarinya.
5. KPDN memberi jaminan bahawa tiada sebarang keputusan untuk menaikkan harga gula setakat ini dan rakyat boleh mendapatkan bekalan tersebut dengan harga yang ditetapkan. Oleh itu, rakyat tidak perlu bimbang atau panik mengenai kenaikan harga gula.
BACA: