Masalah rumput di rumah memang tidak pernah berkesudahan.
Setiap hari pasti menyakitkan mata melihatnya, kerana walaupun baru sahaja dipotong, ia sudah tumbuh semula. Aduh!
Jika ada anak kecil di rumah, tidak sesuai untuk menggunakan racun kimia kerana ia boleh mengganggu kesihatan mereka.
Oleh itu, salah satu cara untuk mematikan rumput yang boleh dicuba adalah tanpa menggunakan racun,
seperti yang dikongsi di laman Facebook. Hanya memerlukan dua bahan utama sahaja.
Bahan-bahan:
-Cuka masakan
-Sabun pencuci pinggan
-Alat penyembur
Cara membuatnya:
Tuangkan cuka masakan ke dalam alat penyembur.
Kemudian, campurkan 3 hingga 4 sudu besar sabun cecair pencuci pinggan ke dalam alat penyembur.
Seterusnya, semburkan campuran tersebut pada kawasan rumput liar secara menyeluruh.
Sembur hanya sekali sahaja, dan selepas seminggu, hasilnya rumput akan bertukar warna coklat, akar akan menjadi kering, dan ia akan lebih mudah untuk dicabut.
BACA: Sudahlah salah guna minyak masak bersubsidi, kedai makan di Melaka kantoi guna tangkal