Sekat Ridhuan Tee masuk RTM, Fahmi dedah cerita sebenar

Sekat Ridhuan Tee masuk RTM, Fahmi dedah cerita sebenar

Sekat Ridhuan Tee masuk RTM, Fahmi dedah cerita sebenar. Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil menafikan bahawa beliau mengeluarkan arahan bagi menyekat pendakwah terkenal, Professor Dr Ridhuan Tee Abdullah daripada muncul di kaca televisyen.

Menurutnya, program tersebut bukan di bawah bidang kuasa beliau.

“Tidak,” katanya ringkas menerusi sidang akhbar selepas menyampaikan amanat di kementeriannya di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai dakwaan yang mengaitkannya dengan arahan yang menyekat penampilan Ridhuan Tee di dalam Forum Perdana Ehwal Islam.

Kedudukan tokoh Maulidur Rasul dan Maal Hijrah itu di dalam program yang bersiaran jam 9 malam Khamis di saluran televisyen RTM itu diganti oleh pendakwah terkenal, Harryanto Rizal Rokman.

Sekat Ridhuan Tee masuk RTM, Fahmi dedah cerita sebenar

BACA:
Elfira Loy bimbang lagu Wednesday boleh sesatkan anak muda

Terkejut Aliff Satar tengok Mufti Menk solat disebelahnya

Mudah sangat nak tukar nama kereta online, ‘tak perlu thumbprint dah’

CATEGORIES