Malaysia dan Singapura akan memulakan rundingan semula mengenai beberapa isu penting yang masih tertangguh,
Termasuklah ruang udara, sempadan maritim, dan bekalan air, menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam satu kenyataan, Anwar menjelaskan bahawa pasukan teknikal dari kedua-dua negara akan bekerja sama untuk membincangkan parameter-parameter yang berkaitan dengan isu-isu tersebut.
“Isu-isu ini agak kompleks dan seperti yang telah dinyatakan oleh Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong,
Pendekatan kita adalah untuk menyelesaikannya dengan cara yang lebih menyeluruh dan holistik,” ujar Anwar.
Tambah beliau lagi, matlamat utama adalah untuk memastikan tuntutan-tuntutan dari kedua-dua negara, baik yang datang dari Singapura mahupun Malaysia,
dapat dipertimbangkan dengan adil dan penyelesaian yang dicapai adalah situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak.
Perbincangan ini diumumkan selepas sidang media bersama Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, yang mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada hari ini.
BACA:Â Peristiwa aneh di Mekah: Banjir besar, tanda-tanda kiamat semakin dekat?