Sekumpulan ‘influencer’ hadir majlis kahwin kawan di Kelantan, netizen persoal SOP rentas negeri

Sekumpulan ‘influencer’ hadir majlis kahwin kawan di Kelantan, netizen persoal SOP rentas negeri

Umum sedia maklum bahawa ketika ini rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk merentas negeri susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dan PKPB yang berlangsung di sebahagian besar negara.

Rentas negeri hanya boleh dilakukan jika mempunyai alasan kukuh dan juga surat kebenaran merentas negeri yang diperoleh daripada pihak berkuasa.

Macam mana boleh lepas?

Namun begitu, menerusi Twitter, seorang pengguna telah menyuarakan rasa ‘aneh’ apabila sekumpulan influencer ataupun selebriti media sosial telah menghadiri majlis perkahwinan sahabat mereka di Kelantan.

Pergi manjlis kahwin rakan

Beberapa tangkapan skrin menunjukkan selebriti media sosial ini bergambar dengan pengantin turut dimuat naik ebagai bukti dakwaan tersebut benar.

Siap pergi pantai

Ada tak dapat rentas negeri ziarah orang meninggal

Perkara tersebut pastinya membuatkan warganet bengang disebabkan double standard yang dinyatakan mereka berhubung aktiviti merentas negeri.

Mereka turut mengaitkan insiden beberapa minggu lepas dimana terdapat individu yang tidak dapat menziarahi rakannya yang meninggal dunia hanya kerana kekangan merentas negeri ketika itu.

Ramai yang persoalkan

Sehubungan dengan itu, rata-rata daripada mereka meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap influencer tersebut yang dengan mudah menrentas negeri untuk menghadiri perkahwinan rakan mereka di Kelantan dan pulang semula ke Kuala Lumpur.

Warganet juga tertanya-tanya bagaimana cara selebriti media sosial itu semua dapat meneruskan perjalanan ke Kelantan sedangakan ramai lagi yang terkandas tidak boleh pulang ke kampung kerana mematuhi arahan yang sudah ditetapkan oleh kerajaan berhubung aktiviti merentas negeri.

Pelik macam mana diorang boleh rentas negeri

Mungkin guna surat company kot

Kena jadi influencer la baru boleh rentas negeri

Aku dah berbulan tak jenguk abah dekat kampung tau!

Berita penuh : https://ohmymedia.cc/geng-influencer-balik-kelantan-netizen-persoal-cara-rentas-negeri/