Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Sdn Bhd Holdings (GISBH) didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang
Atas tuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang.
Beliau tidak membuat pengakuan kerana kes seumpama ini akan dikendalikan di Mahkamah Tinggi.
Namun, dia hanya menjawab “faham” ketika pertuduhan dibacakan oleh Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun.
Isterinya CEO GISBH juga didakwa atas kesalahan yang sama dan mengangguk selepas pertuduhan dibacakan.
Selain itu, 20 ahli GISBH yang lain, terdiri daripada 12 lelaki dan 8 wanita, turut menghadapi pertuduhan serupa.
Kompleks mahkamah Selayang dikawal ketat oleh pihak polis, dan bilik mahkamah hanya dibenarkan untuk tertuduh, pegawai mahkamah, dan petugas media.
BACA: Rasuah dalam pemilihan parti, kepincangan dalam Bersatu makin membarah