Selalu lepas game, jersi ni sekali pakai je ke? Musim depan dah design baru, rupanya ini yang jadi

Oleh GEMILANGDAILY

Selalu lepas game, jersi ni sekali pakai je ke? Musim depan dah design baru, rupanya ini yang jadi.

Sekiranya anda pernah mewakili pasukan bola sepak atau apa-apa jua sukan sekalipun, pastinya akan terkenang kembali jersi pasukan sekolah yang pernah dipakai dahulu.

Habis sahaja sesuatu perlawanan, sudah tentulah jersi tersebut akan dipulangkan pada guru pengiring untuk dibasuh dan dipakai pada perlawanan berikutnya.

Selalu lepas game, jersi ni sekali pakai je ke? Musim depan dah design baru, rupanya ini yang jadi

Malah, akibat kekangan bajet, sudah menjadi kebiasaan sesuatu jersi itu diperturunkan kepada generasi berikutnya. Selagi boleh pakai, pakailah. Buat apa membazir. Lagipun, setiap pasukan biasanya mempunyai 2 – 3 set jersi yang dikenali sebagai jersi Home, Away dan Alternative.

Namun, pernahkan anda tertanya-tanya, bagaimana pula dengan jersi yang dipakai oleh pemain-pemain bola sepak profesional. Apakah yang dilakukan mereka terhadap jersi tersebut selepas tamatnya perlawanan? Adakah pakai buang?

Bagi pasukan-pasukan bola sepak profesional, perbelanjaan untuk jersi pasukan bukanlah satu masalah. Kebiasaannya, mereka akan mendapat tajaan daripada jenama-jenama besar seperti Nika, Adidas, Puma dan sebagainya. Setelah melakukan sedikit carian internet, kami akan berkongsi serba-sedikit jawapan bagi persoalan ini.

kemana perginya jersi pemain bola selepas perlawanan

Untuk sesuatu pasukan besar, segala kelengkapan pemain akan diuruskan oleh beberapa orang individu yang digelar sebagai “Kit Men”. Sekiranya anda berminat untuk melihat bagaimanakah fungsi seorang Kit Men, kami cadangkan anda tonton video ringkas di atas.

Dalam video di atas, Kit Men daripada pasukan Manchester City dahulunya akan membasuh baju-baju pemain selepas digunakan. Baju tersebut kemudiannya akan digunakan pula untuk perlawanan berikutnya.

Manchester City bukan satu-satunya kelab besar yang menggunakan semula kit mereka, kelab Manchester United juga dipercayai menggunakan polisi yang sama. Pada tahun 2016, akhbar The Sun di UK telah mendedahkan bahawa pihak pengurusan Manchester United secara jelas memaklumkan kepada pemain agar tidak kerap bertukar jersi dengan pemain lawan atau memberikannya kepada peminat.

Pihak pengurusan kelab berpendapat tindakan tersebut tidak kos efektif terhadap perbelanjaan syarikat. Sekiranya anda tidak tahu, jersi yang dipakai pemain adalah gred yang paling tinggi dan dkenali sebagai “player issue” yang harganya lebih mahal daripada jersi yang dijual kepada penyokong kelab.

Bayangkan Manchester United yang merupakan antara kelab terkaya di dunia turut mengguna kembali jersi mereka, maka sudah tentulah kelab-kelab yang lebih kecil turut menggunakan pendekatan serupa.

Pemberian kepada peminat di stadium
jersi bola liverpool

Selain melihat pasukan kegemaran anda menang di hadapan mata, pastinya satu perkara yang lebih menggembirakan apabila pemain kesayangan anda menghadiahkan baju yang dipakai kepada anda.

Ianya sudah menjadi kebiasaan pemain bintang akan menghadiahkan jersi yang dipakai mereka kepada peminat, lagi-lagi apabila perlawanan tersebut merupakan perlawanan istimewa seperti perlawanan akhir.

Kit Men daripada pasukan Manchester City menyatakan sesetengah pemain bintang misalnya Yaya Toure diberikan 4 pasang jersi bagi setiap perlawanan. Set pertama untuk dipakai, set kedua untuk ditukar pada waktu rehat dan set ketiga pula untuk kecemasan. Sementara itu, set keempat pula memang disediakan untuk diberikan kepada peminat sejurus selepas tamat perlawanan.

Pada tahun 2015, Cristiano Ronaldo pernah menghadiahkan jersi yang dipakainya kepada seorang peminat bola yang menyaksikannya sedang berlatih. Tindakan tersebut diambil kerana rasa bersalahnya setelah sepakan percuma yang diambilnya terkena kanak-kanak tersebut. Tindakan meminta maaf dan menghadiahkan jersi kepada peminat tersebut merupakan tindakan terpuji oleh seorang pemain bintang sepertinya.

Pemberian untuk tujuan amal

Ada juga kelab atau pemain yang akan mendermakan jersi-jersi yang terpakai ini untuk tujuan amal. Bagi yang tidak tahu, jersi yang dipakai oleh pemain ini mempunyai gred tertinggi atau dikenali juga sebagai “player issue”. Jersi sebegini biasanya bernilai tinggi dan diburu oleh para peminat.

Baju-baju ini selepas dibasuh akan dilelong dalam jualan amal bagi kutipan derma. Sudah tentu merupakan satu tindakan terpuji untuk membantu pihak yang kurang bernasib baik. Malah, kebiasaannya pihak penaja juga tidak mempunyai masalah sekiranya mana-mana pasukan melakukannya untuk tujuan amal.

Untuk baju bagi perlawanan liga, ianya mungkin tidak begitu bernilai. Namun, bagi perlawanan istimewa yang biasanya disertakan logo atau cop khas pada jersi tersebut, nilainya boleh melambung berkali-kali ganda lebih tinggi.

Pertukaran baju dengan pihak lawan
sumbangan jersi

Dalam sebuah wawancara dengan akhbar The Guardian, Graeme Le Saux bekas pemain kebangsaan England menyatakan bahawa budaya menukar jersi dengan pihak lawan sudah menjadi sebahagian daripada bola sepak moden.

Menariknya, pada zaman dahulu para pemain tidak dibenarkan bertukar jersi sesuka hati kerana jersi tersebut biasanya akan digunakan semula. Pemain yang melakukannya biasanya akan mendapati gaji mereka akan ditolak pada hujung bulan sebagai ganti rugi kepada baju yang diberikan kepada pemain lawan tersebut.

Walau bagaimanapun, menukar baju dengan pasukan lawan sudah dianggap satu perkara biasa terutamanya dalam perlawanan penting. Selain itu, pemain juga kebiasaannya tidak akan melepaskan peluang bertukar baju dengan pemain lawan yang dianggap bintan dan idola bagi mereka.

Budaya pertukaran jersi dengan pihak lawan ini dipercayai telah bermula pada tahun 1931, ketika Perancis mengalahkan England untuk pertama kalinya. Pemain-pemain Perancis begitu gembira dan mereka telah meminta pemain England jika mereka boleh bertukar jersi untk disimpan sebagai kenang-kenangan bagi perlawanan yang dianggap cukup bermakna tersebut.

pertukaran jersi

Koleksi jersi peneyerang Itali, Stephan El Shaarawy yang diperolehi hasil pertukaran jersi dengan pemain-pemain ternama

Walau bagaimanapun, menurut laman FIFA.com, pertukaran jersi pemain hanya dilakukan dalam perlawanan akhir Piala Dunia buat pertama kaliny pada 1954. Walau bagaimanapun, ada etika yang perlu dipatuhi oleh setiap pemain sekiranya merek mahu bertukar jersi.

Kebiasaannya, kedua pemain tersebut sudah lama kenal antara satu sama lian, bermain untu pasukan yang sama diperingkat kelab dan sudah meminta keizinan secara verbal terlebih dahulu sebelum melakukan. pertukaran.

Pemain juga biasanya tidak akan melakukan pertukaran jersi sekiranya perlawanan tersebut tidak berakhir dengan baik (misalnya terdapat pergaduhan) ataupun jika kedua pasukan sememangnya mempunyai sejarah permusuhan yang panjang seperti Amerika Syarikat dan Mexico. Pemain yang bertukar jersi dilihat tidak menghormati pasukan sendiri kerana sanggup “berbaik” dengan pasukan lawan.

BACA:

Isteri founder Misi Rakyat dedah rutin harian sebenar suaminya disebalik kejayaan kutip RM9 juta Baby Naail

Atasi masalah jem teruk Melaka, Jumaat sampai Ahad Bandar Hilir hari tanpa kenderaan mulai Jun