Selalu orang masak kangkung goreng ikan bilis sekali lain pula jadi bila dapat kangkung goreng masak ular

Oleh GEMILANGDAILY

Selalu orang masak kangkung goreng ikan bilis sekali lain pula jadi bila dapat kangkung goreng masak ular.

Tidak dinafikan makan di restoran ataupun di luar adalah lebih mudah berbanding makan di rumah.

Tidak perlu susah payah membeli barangan dapur mahupun berpenat lelah menyediakan makanan.

Selalu orang masak kangkung goreng ikan bilis sekali lain pula jadi bila dapat kangkung goreng masak ular

Pergi sahaja mana-mana kedai makan dan pilihlah lauk pauk dengan mudah.

Namun suka diingatkan, pastikan kedai yang korang kunjungi itu dalam keadaan bersih dan selamat. Selain tukang masak dan pekerjanya yang bersih, pastikan juga persekitaran kedai atau tempat makan tersebut juga dalam keadaan bersih.

Pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku apabila persekitaran tidak bersih. Begitu juga apabila ada pekerja yang tidak menjaga kebersihan sebaik mungkin. Lihat sahaja hari ini, berapa ramai yang mengadu mengalami keracunan makanan dan menemui sesuatu yang menggelikan dalam makanan.

“Baru Nak Suap Nasi..” Temui Ular Dalam Sayur Kangkung, Lelaki Ini Terus Hilang Selera
Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang lelaki, Azman Hassan menerusi group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official (MATJHN) berkenaan dengan penemuan seekor ular dalam sayur yang dimakannya di sebuah kedai makan.

Kisah bermula apabila Azman mengunjungi sebuah kedai makan untuk sarapan pagi. Kedai tersebut menyediakan pelbagai jenis lauk pauk campur. Disebabkan perutnya lapar teramat sangat, dia kemudiannya terus mengambil nasi setelah melihat lauk campur yang tersedia.

Mungkin disebabkan perutnya yang sudah berkeroncong, Azman terus mengambil nasi dan lauk yang sedikit banyak. Pada mulanya, dia langsung tidak perasan akan ular yang berada di dalam sayur kangkung yang diambilnya itu.

Namun ketika dia baru sahaja ingin menyuap nasi ke dalam mulut tiba-tiba dia terpandang seekor ular di dalam sayur yang diambilnya. Terus seleranya terbantut. Sesiapa sahaja yang berada di situasi sebegini pasti turut terkejut dan]hilang selera.

“Harini tengah lapar yg amat, tengok kedai sarapan ada dah sediakan lauk pauk campur. Terus ambil nasi dan luk banyak sikit. Mula-mula tu tak perasan ada benda dalam pinggan. Baru nak suap nasi, tertanjat boboi. Ada seekor ular tak bernyawa duduk kat sayur ni. Makan kat luar dah tak selamat, baik masak sendiri kat rumah. Potong selera terus,“, tulis Azman Hassan.

Sebab tu tak suka makan sayur kat luar..

ular dalam sayur kangkung
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh warganet. Ada yang berasa geli geleman dan ada juga yang berseloroh, okey kerana dapat percuma anak ular, bukan senang nak dapat.

“Ok tu dapat free anak ular..bukan senang nak dapat”, tulis Fazillahmdesa

Noorzalia juga turut meluahkan, itulah antara sebab kenapa dia tak suka makan sayur dekat luar. Lebih-lebih lagi yang berdaun. Menurutnya, selalu rasa pasir apabila makan dan beranggapan segelintir peniaga makanan tidak mencuci bersih sayur yang dijual.

“Sebab tu tak suka makan sayur kat luar. Lebih-lebih lagi yang berdaun. Selalu makan sayur rasa ada pasir. Selalu diaorang cuci tak bersih. Tak semua kedai tapi banyak kali dah jumpa”

Tidak kurang juga ada yang tertanya-tanya, takkanlah tukang masak tidak perasan ular tersebut ketika mencuci sayur berkenaan.

ular dalam sayur kangkung

Sebagai peniaga makanan ataupun tukang masak yang menyediakan makanan kepada pelanggan, pastikan makanan berkenaan dalam keadaan bersih dan selamat. Hal tersebut bagi mengelakkan sebarang risiko dan kemungkinan.

Baca:

Peja dilantik sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan, gara-gara kalah di Tambun, Peja cuba nasib di Negeri Sembilan?

Mursyidul Am Pas perintah UMNO kembali ke MN dakwa ini ‘perintah Tuhan’