Selalu pengantin je yang buat hal masa nak akad nikah, sekali lain pula yang jadi Tok Kadi lupa datang pula dah.
Sebuah majlis perkahwinan bertukar kecoh apabila jurunikah yang ditempah tidak hadir ke sesi akad nikah yang berlangsung walaupun sudah diberi peringatan tiga hari sebelum majlis.
Menerusi perkongsian Norafatiha2 di akaun TikTok miliknya berkata,
pada mulanya wakil daripada pihak perempuan telah pergi ke rumah jurunikah berkenaan untuk mengingatkannya, namun dia tiada di rumah.
“Pukul 1 tengah hari, pihak perempuan pergi rumah kadi untuk ingatkan majlis nikah petang asar.
“Tapi kadi tiada. Ingat pergi masjid awal untuk solat Jumaat,” katanya.
Tidak berputus asa, mereka kembali semula ke rumah jurunikah terbabit, namun dimaklumkan dia telah ke Kuantan.
“Lepas solat Jumaat, dalam pukul tiga petang pergi sekali lagi. Rupanya kadi dah ke Kuantan,” ujarnya.
Tambahnya, mereka bernasib baik kerana setelah menghubungi Pejabat Agama Daerah Raub mereka berjaya mendapatkan jurunikah baharu.
@norafatiha2Jam 1tghari pihak perempuan pergi umh kadi untuk ingtkan majlis nikah petang lepas asar. Tapi kadi xde,ingat pergi masjid awal utk solat jumaat. Lepas solat jumaat,dalam jam 3ptg pergi lagi sekali. Rupanya kadi dah ke kuantan. Call pej agama raub utk kadi lain. Nasib la ada kadi berdekatan boleh datang,walaupun kami tpaksa tggu kadi nikahkan pasangan di tempat beliau dulu. Alhamdulillah. 3hari sebelum majlis pun dah dtg untuk bg peringatan. Harapnya Pej Agama amik perhatian la,sebab bukan kes pertama. Tok kadi dah veteran sgt dah.♬ Rumah Singgah – Fabio Asher
“Hubungi Pejabat Agama Daerah Raub untuk kadi lain. Nasiblah ada kadi berdekatan boleh datang walaupun kami terpaksa tunggu kadi nikahkan pasangan di tempat beliau dulu,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen rata-rata orang ramai berkongsi pengalaman serupa dengan Norafatiha.
“Aku nikah pukul 12 malam gara-gara tok kadi boleh lupa ada nikahkan orang hari itu. Naya,” kata Zuelempoyang.
“Masa saya nikah dulu, tok kadi dah uzur. Kena angkut pergi balik, kena papah duduk kerusi. Tapi tulah masih tak nak lepaskan jawatan,” ujar Mr. Grey.
Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih 60,000 tontonan dan 1,820 tanda suka.
BACA:
‘King’ banyak termenung dan memencilkan diri masa sambut Aidilfitri undang perhatian netizen