‘Selama ini aku bersangka baik dengan suami, satu hari aku terdetik nak cek telefon dia, seram sejuk bila nampak nama perempuan’

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Assalaamualaikum rakan-rakan semua. Selama ini aku bahagia dengan perkahwinan dan kebelakangan ini aku diuji Allah.

Usiaku dan suami dalam awal 50an. Anak membesar dengan baik. Alhamdulillah. Aku akui diri ini masih banyak kekurangan dan kerap mengingatkan suami agar

sentiasa berdiskusi dan meluahkan apa saja terpendam di dalam hati. Jadi mudah untuk kami selesaikan apa jua masalah rumahtangga.

Allah Maha Pengasih dan tidak membiarkan aku lalai dalam memerhatikan suami.

Selama ini aku bersangka baik terhadap suami. Walaupun telefon bimbitnya sentiasa di tangan.. ada kata laluan.. tidur lewat malam… adduhhh..

'Selama ini aku bersangka baik dengan suami, satu hari aku terdetik nak cek telefon dia, seram sejuk bila nampak nama perempuan'

aku naif sangat.. aku abaikan saja semua itu kerana aku menilai suamiku sebagai seorang lelaki yang SANGAT BAIK hatta di belakangku. Kenapa aku berkata begitu? Ini kerana suamiku memiliki ciri2 lelaki dambaan wanita di luar sana.

Bukan terlalu memuji tapi itulah hakikatnya. Ramai yang menganggap aku bertuah kerana bersuamikan dia.

Ya aku bersyukur kerana memiliki suami sepertinya cuma sikapnya yang membuatkan aku selalu beremosi adalah egonya terlalu tinggi sehingga tidak pernah mengucapkan maaf dan terima kasih kepadaku sepanjang perkahwinan kami melainkan diminta.

Aku wajar menerima dan berlapang dada dengan sikapnya yang satu ini kerana dia LELAKI… ada ego yang sudah sebati dalam dirinya.

Satu hari terdetik hatiku untuk memeriksa telefon bimbitnya kerana mataku sempat melirik kepada kata laluan yg pernah dibuatnya. Spt biasa aku bersangka baik. Aku membaca setiap wasap yang ada dan bila tiba pada satu nama wanita.

. aku rasa satu badan seram sejuk.. tanganku tiba-tiba menggigil menahan marah yg sukar dibendung lagi. Aku tenangkan diri.. cuba mengawal keadaan.

Rupa-rupanya suamiku menghubungi semula rakan sekolahnya dan aku nampak kemesraan mereka sudah melampaui batas. Ada teks yg tidak sewajarnya ditaip sebagai seorang suami kepada wanita lain.

Wanita itu juga adalah isteri orang. Ya.. mereka telah bermaksiat dan berdosa kpd pasangan masing-masing. Bukan itu sahaja, Allah mengizinkan aku untuk menjumpai Facebook Messenger suamiku dgn wanita yg sama dan beberapa wanita lain yg juga rakan lamanya.

Ya.. sekali lagi aku kecewa.. pilu di hati Allah shj yg tahu. Suami ku meluahkan rasa ketidakbahagiaan hidup bersamaku kepada rakan wanitanya.. aku ini siapa di sisinya??? aku bingung..

apa perlunya mereka dalam rumahtangga kami? Bukankah aku lah wanita terbaik di sisinya utk dia bercerita perihal perkahwinannya?

Byk luahan perasaan dan teks yg melukakan hatiku. Aku mengambil telefon bimbit suamiku secara senyap2.. biasanya semasa dia tidur. Semuanya aku luahkan kepada suami.

. semuanya aku tanyakan kepada suami.. aku inginkan kepastian.. aku punya hak untuk tahu semuanya kerana aku ini adalah isterinya hampir 20 tahun!! Aku menangis setiap hari. Aku lemah.. terasa kosong.

Sudah kerap aku dah suami berbincang berdua.. dan macam biasa.. suamiku lebih banyak mendiamkan diri. Kuluahkan semua yg terbuku di hati.. aku tidak mampu hidup dalam duka dan lara.

Suami ku sedar kesalahannya. Aku minta dia bertaubat kerana telah menganggu isteri orang.. dan paling utama dia telah merubah cinta dan kepercayaanku kepadanya selama ini.

Aku memaksa diriku untuk mempercayai kejujurannya kepadaku.. tapi tidak semudah itu. Bukan sedikit calar di hatiku.. darahnya tidak mengalir tp sinarnya semakin pudar.

Aku kini dalam proses pemulihan.. sukar untuk ku terima hakikat yang aku telah melalui saat kecurangan suami sebegitu rupa.

Walaupun tidak sampai terjadinya perpisahan, tapi ia membekas dan mungkin terpahat di dalam hatiku sampai bila-bila.

Kepada wanita di luar sana.. aku telah merasai sedih dan pilunya menghadapi kecurangan suami walau hanya melalui teks wasap dan messenger kerana lelaki itu SUAMIKU. Janganlah anda melayan dgn mesra suami orang kerana mangsanya kelak adalah isterinya.

Sudah tentu aku tetap menyalahkan suamiku kerana dia yang memulakan dahulu perhubungan tersebut. Semoga suamiku sedar dan menyesal bersungguh2 di atas perbuatannya yang mana bagiku sangat menjijikkan.

Ujian ini satu pengajaran buat aku dan suami. Aku memaafkan perbuatan dia dan wanita itu tp AKU TIDAK AKAN MELUPAKANNYA. Terima kasih.

BACA: ‘Rupanya selama ini dia tak kerja, dulu katanya penampilan aku tak menarik, tudung dan baju labuh, padahal nak duit aku!’