Selama ini salah teknik rupanya, ini cara mandi yang betul, confirm badan bersih

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Turutan mandi yang betul dapat membantu memastikan anggota badan bersih secara optimum, dari kepala hingga hujung kaki.

Malah, untuk jenis kulit tertentu, tidak mengikuti turutan mandi yang betul boleh menyebabkan jerawat muncul.

Jadi, apakah turutan mandi yang tepat? Penting untuk anda mengetahuinya

agar anggota badan benar-benar bersih dan sekaligus mencegah masalah kulit lain.

1. Laraskan Suhu Air

Selama ini salah teknik rupanya, ini cara mandi yang betul, confirm badan bersih
Sesuaikan suhu air agar tidak terlalu panas atau sejuk. Air suam adalah pilihan terbaik kerana ia tidak akan mengeringkan kulit.

2. Mencuci Rambut
Basahkan seluruh rambut. Tuangkan syampu di tangan dan campurkan dengan sedikit air.

Sapukan syampu ke seluruh rambut dan urut kepala dengan lembut. Bilas hingga tiada sisa syampu yang tertinggal.

3. Menggunakan Perapi Rambut (Hair Conditioner)

Oleskan perapi dari bahagian tengah rambut hingga ke hujung. Elakkan dari menggunakan perapi pada kulit kepala.

Biarkan perapi selama beberapa minit sebelum membilasnya hingga bersih.

4. Mencuci Tubuh dengan Sabun

Gunakan sabun mandi yang sesuai dengan jenis kulit. Mulakan mencuci dari leher, bahu, dan seterusnya ke seluruh tubuh hingga ke kaki.

Pastikan untuk membersihkan bahagian belakang telinga, celahan jari tangan, dan kaki.

5. Bilas Sabun

Bilas tubuh dengan air bersih sehingga tiada sisa sabun yang tertinggal. Pastikan untuk membilas kawasan sukar dicapai seperti punggung.

6. Membersihkan Wajah

Cuci wajah di akhir proses mandi untuk menghilangkan sisa syampu dan sabun.
Gunakan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda.

7. Mengeringkan Tubuh

Gunakan tuala bersih untuk mengeringkan tubuh.
Keringkan dengan cara menepuk-nepuk badan, bukan menggosok, terutama di kawasan wajah.

8. Sapukan Pelembap

Setelah kering, gunakan pelembap seperti losyen atau minyak badan untuk mengunci kelembapan pada kulit.

BACA: Orang kanan Trump dedah Kamala Harris asal dari Malaysia, ini respon Menteri Luar