‘Selamba badak dia je buat parking van tengah jalan..’

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Bangsal atau garaj kecil yang boleh memuatkan sebuah van itu dikatakan dibina di tengah jalan berhadapan dengan perumahan penduduk.

Menerusi perkongsian MBK di Facebook rasmi miliknya, perbuatan pemilik bangsal itu disedari MBK ketika menjalankan pemeriksaan di kawasan itu.

MBK lantas memuat naik beberapa keping gambar dengan antaranya memperlihatkan sebuah van di parkir di dalam bangsal berkenaan.

‘Selamba badak dia je buat parking van tengah jalan..’

“Bangsal di tengah jalan. Pelik tapi benar.

‘Selamba badak dia je buat parking van tengah jalan..’

“Lagi kes luar biasa. Bangsal diletakkan di tengah jalan bagi tujuan parkir. Kejadian berlaku di Seri Mahkota.

“Notis arahan pengalihan telah dikeluarkan. Atas kegagalan mematuhi notis , tindakan penguatkuasaan akan diambil,” kata MBK.

Perkongsian itu kemudian mendapat lebih 500 komen dan 201 perkongsian daripada warga maya.

‘Selamba badak dia je buat parking van tengah jalan..’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat bahawa seharusnya bangsal itu dirobohkan terus kerana ia terang-terangan mengganggu laluan kenderaan lain.

Mereka juga menyarankan pihak berkuasa tempatan lebih tegas dengan merobohkan binaan yang mengganggu orang awam supaya tidak berlaku lagi hal seperti ini

“Tak perlu saman terus tunda dan robohkan saja bangsal tu. Bagi amaran keras pada orang lain yang buat atau berniat sama,” kata Kamarul Azrin.

“Ini jenis pentingkan diri, bahayakan pengguna jalan raya. Tak pasal-pasal kena lalu jalan sebelah. Tahniah MBK, baru dia tahu negara ini ada undang-undang,” komen Hatmi Abu Bakar.

BACA:

Gara-gara tak percaya dengan sistem perbankan, warga emas ini kantoi dengan keluarga simpan duit bawah tilam lebih RM30,000!