Selamba main bowling di luar, status vaksin Ina Naim cetus persoalan
Tindakan isteri kepada bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad iaitu Ina Naim mencipta akaun TikTok menarik perhatian segelintir warganet bagi mengetahui perkembangan mengenai keluarganya.
Salah satu video dikongsi memaparkan Ina atau nama sebenar Nordiana Mohd Naim sedang bermain boling dipercayai bersama ahli keluarganya di sebuah lokasi, minggu lalu.
@inanaimofficial #inanaim #boling #spare #fypシ #viral ♬ Apapun Mereka Bilang – Dj Kapten Cantik
“Jalan terus jangan peduli apa kata orang,” tulis ibu kepada empat cahaya mata itu.
Rakaman berdurasi 16 saat itu kelihatan Ina yang tampil berbaju kurung menunjukkan aksinya membaling bola ke arah ten-pin boling dengan penuh gaya sebelum tersenyum sambil dirakam oleh seseorang.
Meninjau ke ruangan komen, video tersebut meraih 1.7 juta tontonan dan ratusan komen netizen yang rata-rata memuji kehidupan penyanyi lagu Duhai Hati itu nampak sentiasa bahagia.
Meskipun kenyataan suaminya sering dikecam orang ramai, namun wanita berkenaan tetap tabah serta melalui susah senang bersama insan tersayang.
@inanaimofficial #semutkatanya #fypシ ♬ Seribu Kemanisan – Siti Nurhaliza
Walau bagaimanapun, terdapat segelintir netizen mempersoalkan sekiranya dia sudah menerima sebarang jenis vaksin Covid-19 kerana ‘berjaya’ memasuki premis tersebut.
Malah, ada juga berseloroh selain mendakwa bahawa Ina mungkin sudah mengambil suntikan vaksin yang membolehkan dia ‘bebas’ ke sana sini tanpa halangan.
Nampak dia bahagia
Terdahulu, Suhaimi terpalit dengan pelbagai isu terutama menolak vaksin dan perubatan moden. Malah, pasangan itu juga memilih untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah sebaliknya hanya mengajar di rumah.
Tonton:
Berita Lain:
Suami terlalu rajin kemas rumah, isteri sampai minta cerai sebab bosan
Curi RM2 tabung masjid dah kena masuk penjara, di gereja lain pula ceritanya
Penduduk tergamam tengok ratusan Burung Tiong jatuh tiba-tiba, ini yang berlaku…