Selangor lancar program Ikon Agro Selangor, sasar kembangkan sektor pertanian

Selangor lancar program Ikon Agro Selangor, sasar kembangkan sektor pertanian

Alhamdullilah, semalam saya telah mengadakan sidang media dan pelancaran program Ikon Agro Selangor di Dewan Annex, Bangunan SUK Negeri Selangor.

Program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor ini bertujuan untuk mencari 10 orang Ikon Agro Selangor yang berupaya membimbing dan menjadi inspirasi kepada para agroprenuer yang baru berkecimpung dalam sektor pertanian.

Setiap Ikon Agro Selangor ini akan menerima hadiah berupa bantuan pertanian serta wang tunai berjumlah RM10,000.

Maklumat lanjut dan syarat menyertai Ikon Agro Selangor ini insyaAllah akan saya umumkan petang ini di laman rasmi facebook saya dan juga laman facebook Agro Selangor

Untuk tidak ketinggalan dalam apa jua posting dan aktiviti rasmi saya, anda boleh klik ‘See First’ di sebelah button Send Message di halaman utama facebook saya ini.

Semoga apa jua program dan perancangan yang akan dilaksanakan ini memberi manfaat kepada seluruh rakyat Negeri Selangor.

Sumber :