Selepas 100 hari, PN masih tak selesaikan isu yang dilaungkan zaman PH

Selepas 100 hari, PN masih tak selesaikan isu yang dilaungkan zaman PH

Aku sebenarnya nak juga tengok PN ni memerintah lama sikit dan nak tengok macam mana parti-parti komponen dalam PN ni buat kerja.

Dulu masa PH, tiap-tiap hari dorang main isu. Kes Adib, kes Jawi, kes LTTE.

Sekarang ni dah lebih 100 hari dorang memerintah, isu-isu yang dorang momokkan dulu, masih tak selesai.

Jika benar isu itu sangat mengganggu tidur malam dorang, selesaikanlah cepat-cepat.

Geng-geng Nacai (Najib’s Macai) hanya guna bullet yang sama je bila maki kat komen, hentam isu yang dorang lupa dorang sedang kerajaan dan dorang patut selesaikan.

Tapi to be honest banyak juga hikmahnya PN naik sebab PAS ni tak pernah memerintah sejak kali pertama dulu (itupun kena bersekongkol dengan UMNO).

Ini kali kedua PAS memerintah dan kita nak juga tengok, dalam 100 hari ni, PAS dah buat apa?

Masa PH, dorang la yang guna kaw-kaw isu agama. Isu arak, isu judi, isu peruntukan sekolah cina dengan TARUC.

Sekarang dorang perintah, dorang buat apa? Mana teknokrat yang disebut-sebut dulu?

Judi dah mula buka. TARUC dapat berjuta dari kerajaan.

PAS buat apa? Tengah cari teropong lagi ka?

Sumber: