Semua bank catat untung, patut moratorium boleh diteruskan

Semua bank catat untung, patut moratorium boleh diteruskan

Dengan keuntungan yang direkodkan sebanyak RM31.15 bilion oleh institusi perbankan di Malaysia pada tahun lalu bermakna bank-bank masih mampu memberi lanjutan moratorium pinjaman secara pukal dan automatik untuk tempoh 6 bulan lagi tanpa faedah.

Datuk Seri Najib Razak berkata, keuntungan yang direkodkan itu menunjukkan bahawa bank-bank tetap akan catat keuntungan biarpun Malaysia masih dalam kemelut Covid-19.

Lantaran itu, beliau mengingatkan institusi perbankan negara ini supaya tidak mengambil kesempatan dalam kesempitan rakyat untuk mengaut lebih keuntungan dengan menstruktur semula pinjaman dan menambah tempoh bayaran sehingga tiga atau empat tahun lagi.

”Bukan suruh pun bank hapuskan semua hutang B40 atau suruh BNM cetak duit seperti seorang timbalan menteri PN (Perikatan Nasional) itu.

”Ramai yang susah dalam tempoh PKP 1.0 tahun lepas.

”Ramai lagi susah dalam tempoh PKP 2.0 sebab simpanan dan rizab mereka sudah habis diguna untuk menghadapi PKP1.0 dan juga PKPB sejak bulan Oktober tahun lepas,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Keuntungan yang direkodkan oleh semua bank itu termasuk RM8.55 bilion bagi suku pertama, RM8.05 bilion (suku kedua), RM8.20 bilion (suku ketiga) dan RM6.35 bilion suku keempat.

Berita penuh : https://malaysiagazette.com/2021/02/23/semua-bank-untung-bermakna-moratorium-boleh-dilanjutkan-najib/