Semua terkejut bila Neelofa dedah perkembangan terkini Ameera Khan

Semua terkejut bila Neelofa dedah perkembangan terkini Ameera Khan

Semua terkejut bila Neelofa dedah perkembangan terkini Ameera Khan. Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa memaklumkan adiknya, Ameera Khan dalam keadaan baik sahaja memandangkan umum mengetahui influencer tersebut kini kian menyepi dan tiada khabar angin sejak akhir-akhir ini.

Menurut Neelofa, adiknya itu masih menjalani kehidupannya seperti biasa dan tidak mahu melemparkan pelbagai persoalan kerana mahu menghormati keputusan Ameera.

“Beberapa hari lalu saya ada melawat ibu bapa dan kemudian ada jumpa Ameera dan bertanya sama ada dia keluar atau tidak. Dia cakap dia keluar je, cuma saya yang tidak tahu sebab dia kini tidak mempunyai akaun Instagram.

Semua terkejut bila Neelofa dedah perkembangan terkini Ameera Khan

“Malah kata Ameera, boleh dikatakan hari-hari dia ada keluar dengan kawan, lakukan aktiviti dan sebagainya.
“Cuma untuk saya terangkan secara berlebihan mengenai apa sebab sebenar dia berbuat demikian rasanya tak wajarlah. “Sebagai kakak, saya respek dengan keputusan dia,” katanya.

Tambah usahawan yang berusia 33 tahun itu lagi, dia menyifatkan Ameera bertindak untuk menyepi di media sosial kerana mahu menjaga privasinya dan mahu kehidupan yang lebih tenng berbanding sebelum ini.

“Jadi bagi saya mungkin fasa pembesaran dia lain dengan zaman kita. Mungkin situasi itu berbeza tapi saya pun tidaklah seratus peratus pasti itu sebab dia.

“Bagi saya, dia gembira dengan cara begitu setakat ini yang mana dia tidak rasa terganggu dengan apa yang pernah dilakukan sebelum ini. Mungkin dia suka dengan privasi sekarang. Rasa sayalah,” jelasnya lagi.

Sehingga kini, Ameera Khan tiada sebarang perkongsian di laman sosialnya dan masih mendiamkan diri selepas sahaja bertindak memadam semua gambarnya di Instagram.

BACA:

Datuk palsu: Selepas suami Heliza, giliran Eina Azman dan Fouziah Gous pula..

‘Selamat tinggal Stadium Shah Alam’, bakal diroboh bila-bila masa sahaja

Rihana Petra resah Leon selalu jerit waktu tidur, kena jumpa pakar minta ubat

CATEGORIES