Senator dituduh ‘pengumpulan organ’ di London. Bekas timbalan presiden senat dan isterinya dibawa ke mahkamah di London hari ini seminggu sebelum perbicaraan mereka atas tuduhan mengumpul organ untuk anak perempuannya.
Ike Ekweremadu, 60, dituduh bersama isterinya Beatrice, anak perempuan mereka Sonia dan seorang doktor, atas tuduhan membawa seorang lelaki berusia 21 tahun dari Nigeria untuk ginjalnya, bertujuan diberikan kepada Sonia.
Sonia bagaimanapun tidak menghadiri prosiding hari ini kerana sedang dirawat di hospital.
Pasukan pembelaannya juga menyerahkan laporan psikologi kerana mendakwa Sonia tidak cukup waras untuk dibicarakan.
Mahkamah menangguhkan prosiding untuk membolehkan pendakwaan membaca laporan berkenaan.
Mangsa membuat aduan selepas enggan memberi izin untuk menjalani prosedur mengambil ginjalnya itu susulan ujian awal di sebuah hospital di London utara.
Tiga beranak berkenaan kemudian ditahan di lapangan terbang antarabangsa Heathrow pada Jun tahun lalu sebaik tiba di UK.
Doktor terlibat, Obinna Obeta, 50, dari London selatan ditahan pada tarikh lain.
Kesemuanya didakwa bersubahat menguruskan perjalanan seorang individu dengan tujuan untuk mengeksploitasi di bawah undang-undang perhambaan moden UK.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara Ogos 2021 hingga Mei 2022.
Ike tidak dibenarkan jaminan kerana bimbang akan melarikan diri dari Britain. Obeta turut tidak dibenarkan jaminan manakala Beatrice dan Sonia dibenarkan jaminan bersyarat.
BACA:
‘Syukur sekarang duit tak lesap dah, kalau dulu faham2 lah’ – Mawar
Suka hati tebang pokok mempelam guru, MPK diarah bayar RM40,000