Seorang wanita berusia 20 tahun dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur
selepas mengaku bersalah menganiaya anak lelaki kandungnya pada Februari lalu.
Ibu muda tersebut difahamkan telah meletakkan anaknya yang berusia 3 tahun dalam sangkar dengan alasan untuk bekerja.
Lebih menyedihkan, kanak-kanak tersebut terkurung dalam sangkar dari jam 3 petang hingga 10 malam.
Tertuduh juga diperintahkan untuk menjalani khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan, bermula sebaik selesai menjalani hukuman penjara
. Selain itu, Hakim Norina Zainal Abidin mengarahkan wanita itu untuk memberi bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun dengan jumlah RM10,000 tanpa cagaran.
Mahkamah juga dijangka menjatuhkan hukuman yang sama kepada dua rakan tertuduh, Adibah Mohd Zaini, 35, dan Nor Azlin Fatin Najihah Lokman, 25, yang turut mengaku bersalah atas pertuduhan yang sama.
Dalam pembelaannya, tertuduh menjelaskan dia terpaksa melakukan tindakan tersebut kerana tiada siapa yang dapat menjaga anaknya.
Ketika ditanya mengapa tidak menghantar anaknya untuk dijaga oleh ibunya di Pulau Pinang, tertuduh gagal memberi jawapan yang jelas.
Difahamkan, tertuduh kini menyesali perbuatannya dan berhasrat untuk bekerja di Pulau Pinang serta meminta bantuan ibunya untuk menjaga anaknya itu di masa hadapan.
BACA: Selepas gagal tuntut Sabah, waris Sulu ugut nak sewakan Sabah kepada negara lain