“Seorang lelaki tiba-tiba datang serang rumah kami, dia tuduh abah ngorat maknya yang janda, ayah jatuh terduduk sambil urut dada bila dengar fitnah itu”

Oleh ISMAIL YAHYA

Ayah aku yang ada sakit jantung terduduk dengar tuduhan tu. Ayah urut dada, mata mak berair. Memang rumah janda tu bersebeIahan dengan kebun ayah..

Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu kepada semua pembaca artikel ini.

Di kesempatan ini aku nak memohon maaf andai artikel ini akan membabitkan air muka seseorang tapi bagi tujuan untuk membersihkan nama keluarga.

"Seorang lelaki tiba-tiba datang serang rumah kami, dia tuduh abah ngorat maknya yang janda, ayah jatuh terduduk sambil urut dada bila dengar fitnah itu"

Aku terpaksa menulis kerana aku sudah tidak mampu melihat ayah aku sakit menanggung fitnah dari seorang yang bergelar “janda” di Negeri Sembilan.

Artikel ini ditulis bagi memberi peringatan kepada pemuda atau lelaki lain di luar sana agar berhati-hati dengan wanita yang ingin aku ceritakan ini.

Sebelum memulakan cerita, aku nak bagitahu yang ayah aku memang seorang yang peramah dengan orang kampung, seorang yang tidak lokek memberikan senyuman apabila berjumpa dengan rakan-rakannya ketika bertemu di luar, malah matanya sangat tajam.

Kadang-kadang, aku pun tidak perasaan kereta yang berselisih dengan kereta kami itu adalah jiran ataupun saud4ra mara kami. Lihat, bertapa mesranya ayah dengan orang kampung. Sentiasa menegur antara satu sama lain.

Namun, ada individu yang tersalah tafsir akan sikap ayah aku ini. Cerita ini bermula apabila keluarga aku ingin makan di restoren berdekatan dengan kawasan pekan. Jadi, pada petang itu kami berselisih dengan jiran yang dik4takan bala atau fitnah besar yang menimpa keluarga kami.

Aku yakin semua pasti kenal dengan penama janda yang aku sebutkan kerana sudah beberapa kali orang lain di kampung kami difitnah sebegini rupa. Lainlah ayah, baru pertama kali difitnah teruk sebegini dalam seumur hidupnya.

Macam yang aku sebutkan, ayah aku memang tidak lari dari sikap peramahnya. Ada satu hari tu, ayah aku memberi lampu tinggi isyarat menegur jiran janda tersebut. Bagi kami biasalah, dah nama pun jiran sekampung kan.

Kemudian, kami sekeluarga pun bergerak menuju ke restoren yang dituju. Aku menggunakan ‘J’ singkatan kepada perkataan Janda kerana rasa kurang sopan apabila selalu menyebut perkataan itu. Malam itu, ada seorang pemuda yang datang menerjah rumah kami yang lengkap memakai topi beserta rokok di tangan.

Tambahan lagi, dia mengatakan bahawa ayah aku mengikut kenderaan ibunya dari belakang sampai ke rumah. Padahal kami sekeluarga hendak pergi makan di restoren. Ayah yang mempunyai sejarah serangan sakit jantung hampir terduduk mendengar tuduhan itu. Allah..

Selain itu, dia mengatakan lagi yang dia dan ayahnya yang beberapa tahun lepas meninggaI dunia sudah lama berdendam dengan ayah aku. Dia mengatakan bahawa ayah aku selalu mengintip ibunya di kebun. Yang sebetulnya, kebun ayah aku memang bersebeIahan dengan rumah mereka.

J tersebut tinggal di hujung jalan, bersebeIahan dengan kebun orang kampung. Ayah aku pergi cari rezeki tapi dituduh macam sebegitu. Hati anak mana yang tidak sedih. Kami berusaha menafikan fitnah tersebut tapi kata-kata kami dibidas kembali dengan nada tinggi pemuda tersebut.

Mak yang semakin berair matanya sudah tidak tertahan lagi menahan sebak difitnah. Pemuda tersebut sempat mengancam ayah aku dengan amaran, “tunggu jelah nasib pakcik” sebelum beredar pergi dari kawasan rumah kami setelah dihalau oleh ayah.

Lihat, betapa biadapnya keluarga mereka dengan keluarga kami. Kelihatan, ayah sedang memegang dadanya yang sakit. Aku risau akan ayah aku diserang sakit jantung tiba-tiba. Ayah aku tanpa rasa was-was terus ke balai polis untuk membuat laporan atas ancaman yang diberikan oleh pemuda tersebut.

Dan keesokan harinya, dia dipanggil untuk memberi keterangan lanjut di pondok polis. Memang betul, dia memohon maaf atas fitnah tersebut, namun sehingga saat ini, detik ini, pemuda tersebut dan adik beradiknya sentiasa membuat perkara yang boleh membuat ayah aku sakit hati.

Petang tadi, dia cuba untuk mengganggu ayah aku menjawab telefon dengan membuat bising di tepi jalan dengan bunyi enjin motornya. Kebetulan, ayah aku berhenti di tepi simpang untuk menjawab telefon dari saudaranya. Jadi, dia sengaja membuat bising di simpang tersebut.

Apakah tindakan yang harus kami sekeluarga lakukan? Kami kira perkara ini sudah selesai apabila berjumpa dan memohon maaf di balai. Tetapi hakikatnya, tidak. Mereka masih berdendam. Kadang-kadang aku tertanya-tanya mengapa si J tu membuat tohmahan sebegini kepada ayah dan orang kampung yang lain.

Adakah dia tidak biasa hidup norma di kampung yang menegur jiran sesama jiran apabila berjumpa sampaikan anak beranaknya berdendam dengan ayah? Adakah si J mahukan perhatian dari pemuda atau lelaki di kampung?

Kalaulah dia terbaca artikel ini, aku ingin meminta jangan sesekali ganggu keluarga kami kerana ayah aku dah berumur. Ayah senang jatuh sakit apabila berhadapan dengan masalah mulut orang seperti ini. Kepada keluarga janda tersebut, sudah-sudahlah perasan yang semua lelaki di kampung ini ingin mengorat kamu kerana menegur jiran itu bukanlah sesuatu yang jijik dan harus disalahsangka. – Ross (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Qaisara Aishah : 1. Repot polis jangan tarik balik.

2. Jumpa tok imam, penghulu kampung bersemuka dengan J, anak dia dan polis di balai polis sebab kes masih tak selesai lagi. Suruh dia cakap ape yang dia tak puas hati sangat dan siap fitnah-fitnah orang. Suruh dia anak beranak jangan kacau sis sekeluarga lagi.

3. Suruh dia tandatangan memo permohonan maaf (black and white) yang menunjukkan dia mengaku fitnah sis, ganggu ayah sis dan minta maaf berjanji tak akan buat lagi. Kalau dia buat jugak, dia bersedia untuk terima apa jua tindakan undang-undang daripada keluarga sis, hukvman seperti disaman fitnah di mahkamah, ganti rugi pampasan, dibuang kampung dan dipulaukan penduduk kampung.

Memo memerIukan tandatangan dari ketua balai polis, penghulu kampung, tok imam, J, anak-anak dia yang mengacau tu dan juga abah sis. Tampal kat surau dan balai raya. Bila semua orang nampak dia dah buat salah dan tak akan buat lagi.

Mungkin ade salah faham sebab kami pembaca tak dengar cerita dari dua beIah pihak. Jaga ikhtilat. Lepas ni kalau nak senyum, senyum kat kaum sejenis je. Kalau berkebun bawa anak atau bini sekali sebagai peneman supaya tak timbul fitnah lagi.

BACA: Tindakan lelaki ini pura-pura solat akhirnya terbongkar, niat sebenar nak curi ‘speaker’ masjid di Kelantan