Seorang Ustaz labelkan kerja amal Ebit Liew haram

Seorang Ustaz labelkan kerja amal Ebit Liew haram

Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew memohon maaf kepada segelintir pihak yang kurang senang dengan kerja amal dilakukannya bagi membantu petugas barisan hadapan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Beliau sebelum ini sangat aktif dilihat turun padang membantu golongan tersebut dan prihatin dengan pengorbanan setiap petugas barisan hadapan termasuk kakitangan perubatan.

Malahan segala aktivitinya dikongsi di laman sosial dan mendapat sokongan daripada netizen.

Tentang dakwaan yang dilemparkan kepadanya, beliau lebih selesa untuk tidak mengendahkan dan terus menyalurkan bantuan kepada mereka memerlukan.

Jelasnya, meskipun sedekah terbahagi kepada dua iaitu jenis sembunyi atau uar-uarkan namun kedua-duanya sah di sisi agama.

Mungkin tiada siapa menyangkakan bahawa aktiviti sedemikian ada hikmah di sebaliknya menyebabkan dakwah sampai kepada mereka bukan Islam.

“Tapi bila ada ustaz mesej saya atau team saya kata apa saya buat ini tak ikhlas dan boleh jatuh haram sebab rakam dan tunjukkan. Siap lepas tu ‘update’ status dan kata saya di sana sini. Saya tak kisah pun. Tak rasa apa-apa.

“Dari kecil saya rasa macam ni. Saya tak rasa sedih bila orang cakap-cakap. Tapi ustaz-ustaz terasa juga sebab saya ni baru belajar Islam,” katanya.

Berita penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/76041/KHAS/Koronavirus/Ebit-Lew-mohon-maaf-kepada-pihak-kurang-senang-kerja-amalnya