Seorang wanita bersama suaminya membeli beg tangan jenama mewah dengan harga RM44500, sekali LHDN kirim salam

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Satu perkongsian di aplikasi X baru-baru ini telah menuai pelbagai respon dalam kalangan netizen

apabila satu akaun memuat naik gelagat beberapa individu dilihat berada dalam sebuah butik jenama mewah.

Dalam video itu, pelayan di butik berkenaan dilihat mengira duit RM50 berkepuk-kepuk dipercayai bernilai lebih kurang RM44,500.00

Seorang wanita bersama suaminya membeli beg tangan jenama mewah dengan harga RM44500, sekali LHDN kirim salam

Difahamkan, seorang wanita bersama suaminya ada membeli beg tangan jenama mewah dengan harga sedemikian.

Video itu kemudiannya menjadi tular di aplikasi berkenaan dan telah menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan netizen.

Forty Four thousand Five Hundred for a small little LV Bag RM44500.00 pic.twitter.com/wmVOi3AEcJ

— jijiee malaya (@khairulazizi75) October 22, 2023

Komen

Ada juga yang berprasangka tidak baik terhadap pasangan itu yang lebih ‘memilih’ untuk menggunakan wang tunai berbanding membayar barangan dalam bentuk pemindahan wang, kad debit atau credit.

Ramai juga yang tertanya-tanya mengenai citarasa golongan berada yang dilihat ‘pelik’ dan sering memilih barangan yang tidak cantik di mata awam

BACA:‘Tengah malam, dengar bunyi mencangkul. Garam kasar yang Ani letak, terus larut. Kenapa nak lekat ni, tanggalkan lah. Banyak kali dia ulang’