Sepanduk Mat Said cabul kehormatan dinaikkan di Terengganu. Tindakan parti lawan menaikkan sepanduk mengandungi unsur hinaan bagi menyerang peribadi calon parlimen BN, Datuk Seri Ahmad Said ketika berkempen dianggap sebagai terdesak untuk meraih simpati pengundi.
Sejak beberapa hari lalu tiga sepanduk mengandungi unsur yang boleh menjejaskan reputasi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu itu dipercayai dinaikkan di beberapa lokasi di daerah ini.
Ahmad berkata, perbuatan itu adalah perkara memalukan dan kempen murahan yang cuba memburukkan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya.
“Rakyat boleh menilai sama ada apa yang keluar dari mulut mereka, sama atau tidak dengan perbuatan yang dilakukan,” katanya
Katanya, beliau tidak gentar dan sememangnya sudah bersedia berdepan sebarang isu panas daripada pihak lawan.
“Rakyat kini sudah bijak menilai dan tidak akan mudah terpengaruh dengan isu murah sedemikian kerana sudah mula muak dengan janji-janji palsu yang dijanjikan oleh pihak lawan pada PRU lepas.
“Seperti dijangka parti lawan membangkitkan isu lama untuk meraih sokongan,” katanya.
Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Kemaman, Hashim Ali pada jam 4.30 petang di Balai Polis Daerah berkenaan.
Hashim berkata, tindakan tegas terhadap individu tersebut harus diambil bagi mengelak kejadian sama berulang.
“Kita dah buang beberapa poster tersebut di Kampung Chabang, Kerteh namun masih ada lagi poster yang dinaikkan hingga hari ini dan yang terbaharu di Plaza Tol Chukai.
“Kita anggap ini perbuatan melampau dan satu penghinaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan siasatan terperinci sedang dijalankan.
BACA:
Tak perlu lagi Mushroom Seasoning, guna 3 bahan ni sahaja sebagai pengganti
Siapa sangka 4 pemain bola sepak ni pernah main untuk 2 negara di Piala Dunia
Guna tali kawal 5 anak kembarnya, bapa ini dikecam buat macam anjing