Sepatutnya negeri Selangor jadi wilayah persekutuan, bukan Kuala Lumpur, ini kisah sebenar ramai nak tahu

Oleh NADIA HARON

Kuala Lumpur dijadikan Wilayah Persekutuan pada tahun 1974. Sebelum itu, Malaysia tidak mempunyai Wilayah Persekutuan.

Secara mudahnya, Wilayah Persekutuan merujuk kepada kawasan yang berada di bawah pentadbiran langsung Kerajaan Persekutuan,

Dan berdasarkan maklumat yang kami perolehi, Kuala Lumpur dijadikan Wilayah Persekutuan atas alasan politik.

Sepatutnya negeri Selangor jadi wilayah persekutuan, bukan Kuala Lumpur, ini kisah sebenar ramai nak tahu

Selepas pilihan raya tahun 1969, Parti Tindakan Demokratik (DAP), parti pembangkang pada masa itu, memenangi majoriti kerusi di Selangor.

Ini menjadi masalah bagi kerajaan Persekutuan BN pada masa itu, kerana menjadi sukar jika ibu negara berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri pembangkang.

Bagi menyelesaikan masalah ini, Kuala Lumpur dicadangkan untuk dijadikan Wilayah Persekutuan bagi memastikan bahawa ibu negara sentiasa berada di bawah kuasa kerajaan pusat yang memerintah.

Untuk memastikan kestabilan politik, kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk melepaskan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974.

BACA: “Bila aku kena cover kerja meraka, ya aku dapat imbuhan lebih tapi sampai satu tahap, duit ni dah tak berbaloi dengan apa yang aku hadap!”