Safuan Bachtiar, seorang bekas pramugara, mendedahkan bahawa sepatutnya beliau berada dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang 10 tahun lalu.
Dalam sesi podcast bersama Yousaf, Safuan menceritakan bahawa beliau menerima panggilan dari atasan
yang meminta beliau memilih tugas ke Auckland, New Zealand atau Beijing, China.
“Saya sepatutnya yang berada di MH370. Kalau saya cerita ini sekarang, saya masih meremang,” ujarnya.
Safuan meneruskan, “Pada masa itu, telefon pejabat saya berdering pada pukul enam petang dari Crew Deployment Centre (CDC),
memberitahu tentang penerbangan malam ini. Ada pilihan untuk ‘long stay’ ke Auckland (MH 125) atau ‘short stay’ ke Beijing (MH370).”
Safuan memilih Auckland kerana elaun ‘night stay’. Beliau kemudiannya melaporkan diri ke lapangan terbang dan sempat bersalaman dengan kru MH370 sebelum mereka berlepas.
Beliau turut menceritakan rutin ‘briefing’ sebelum penerbangan di mana semua kru bersalaman.
@youusaff MH370 @Safuan Bachtiar ♬ شبل الإسلام – شبل الإسلام
Setelah mendarat di Auckland dan mendaftar di hotel, Safuan terkejut apabila mendengar berita kehilangan MH370.
“Supervisor kami telefon kami ke bilik hotel dan buka berita dari CNN. Saya terdiam, saya sepatutnya di dalam penerbangan itu,” katanya.
Sehingga hari ini, kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang itu masih menjadi misteri besar.
BACA: ‘Saya ada ayah tapi ‘tak ada’. Jadi jangan tanya mana ayah saya, siapa ayah saya’ -Zara Zya