“Sesampai di rumah, sempatlah aku berbual seketika dengan ibunya di depan pintu rumah, banyaklah kisah

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Aku bawakan 3 beradik ini ( kisah yang aku kongsikan Jumaat lepas ) ke Giant membeli barangan dapur.

Aku minta izin ibunya. Usai balik sekolah petang tadi, kami pergi. Ada hamba Allah yang baik hati yang kirimkan duitnya.

Si abang, kakak dan adiknya. Saja aku bawa.

Aku suruh si abang ambilkan barang. Cukup dia berhati hati tadi. Mungkin takut mahal. Aku kata,

” Ambil beras. Cari yang 10 kilo. ”

“Sesampai di rumah, sempatlah aku berbual seketika dengan ibunya di depan pintu rumah, banyaklah kisah
Terkial dia tadi mencari mungkin “ketakutan” melihat harganya.

Setelah itu, aku tanyakan apa barang yang tiada di rumah, ambil. Mereka bertiga ambil itu ini tadi, sambil bertanya ini boleh ke tak. Aku bolehkan aja.

Masa nak bayar, aku tunjukkan Kinder Bueno.

Soalan yang tak payah ditanya sebenarnya.

” Nakkkk cikgu. ”

Dia nyata gembira. Benda sedap, mahal dan sangat payah nak dapat sebenarnya.

Si akak dan abangnya tak banyak cakap. Apa aku tunjuk, diaorang angguk saja. Mereka suka air soya Yeos rupanya makanya aku belikan lebih.

Sebelum pulang, aku bungkuskan KFC. Tiada kata selain riak gembira terpancar di muka mereka. Mungkin tak sangka, mungkin dah mengidam.

Sesampai di rumah, sempatlah aku berbual seketika dengan ibunya di depan pintu rumah. Banyaklah kisah diceritakan. Namun ada satu yang buat aku terdiam. Tak tau macam mana nak kata.

” Mungkin si kakak terpaksa berhenti sekolah cikgu. Nanti aku nak ambil anak kecil ku balik sini. Tiada siapa nak jaga. Aku terpaksa kerja. Kerja sekarang tak menentu masa.

Mungkin kena OT sampai malam. Susah hidup sekarang ni cikgu. Ini pun terkejut saya cikgu datang siap belikan barang. Terima kasih cikgu, terima kasih juga kepada kawan cikgu yang bantu biaya beli barang ini..”

Bergetar suara si ibu menahan sebak.

” Ada kawanku minta belikan…”. Pendek aku balas.

Jangan dikecam si ibu. Apa pilihannya yang ada bila “hilang” suami. Dialah yang terkontang kanting biaya kesemuanya seorang diri. Perjuangan untuk hidup hari ini bukan mimpi, bukan berangan angan.

Nyata bukan ilusi. Itu hakikat. Hakikat perjuangan.

Doakan mereka.

Sekelumit kisah di sebalik hidup hari ini di tengah bandar yang segalanya mencabar minda dan jiwa.

BACA: Pengantin maut dua hari selepas majlis, 100 tetamu pula dijangkiti penyakit ini