Pepatah “jodoh tak kira umur” benar-benar sesuai dengan kisah Elya Sudirman, yang berusia 50 tahun dan bertemu jodoh
Dengan lelaki yang berjarak umur 23 tahun. Yang menariknya, mereka berdua mula berkenalan melalui aplikasi TikTok.
Menurut laporan dari Sinar Harian, Elya menceritakan bahawa dia tidak pernah menjangkakan bahawa dia akan berkahwin lagi selepas bercerai dengan pasangan sebelumnya.
Mereka berdua membina rumah tangga pada tahun lepas, ketika Elya berusia 49 tahun dan suaminya berusia 26 tahun pada ketika itu.
“Kami berkenalan tidak sampai setahun dan terus melangsungkan perkahwinan. Saya dan suami disatukan pada 12 November 2023 di Pontian, Johor,” katanya.
Dia menceritakan bahawa pada mulanya, keluarganya tidak bersetuju dengan pilihannya kerana faktor perbezaan umur. “Reaksi keluarga ketika itu, terutamanya abang saya, tidak begitu berkenan kerana perbezaan usia pada masa itu ialah 23 tahun, jadi mereka tidak yakin dengan perkahwinan ini.”
“Walaubagaimanapun, apabila suami datang bertemu keluarga saya dan menunjukkan kesungguhannya dengan datang dari Kedah ke Johor untuk memberikan keyakinan dan mengungkapkan keikhlasannya untuk memperisterikan saya, barulah keluarga saya menerima dia (suami),” katanya.
Elya menyatakan bahawa keluarga suaminya menerima dia dengan baik tanpa sebarang bantahan, dan anak-anaknya juga menerima pilihan hatinya itu.
“Saya memiliki empat anak dari perkahwinan terdahulu dan mereka semua menerima pilihan saya dengan baik,” katanya.
Kini, Elya yang berasal dari Pontian, Johor, tinggal bersama keluarga suaminya di Sik, Kedah. Dia menyatakan bahawa selama hampir setahun mereka bersama, dia sangat bahagia dengan sikap saling percaya dan bertolak ansur di antara mereka.
“Saya sekarang menjadi suri rumah dan suami bekerja sebagai pemandu lori. Bagi saya, yang penting dalam kehidupan berumah tangga ini adalah kejujuran. Jika ada masalah, kita harus berterus terang dan tidak menyembunyikannya.”
Mengenai gambar mereka yang menjadi viral, dia merasa terkejut dan ia mendapat pelbagai reaksi, tetapi dia menerimanya dengan terbuka hati.