Baru-baru ini, pelakon Que Haidar telah mendedahkan bahawa dia telah bercerai dengan isterinya, Linda Jasmine, setelah 15 tahun mendirikan rumah tangga.
Que menyatakan bahawa mereka menerima segala ketentuan Allah SWT. Walaupun jodoh mereka tidak panjang
Dia dan isterinya masih mengekalkan hubungan baik. Que juga meminta agar semua mendoakan yang terbaik untuk mereka.
“Allahuakbar, Alhamdulillah, penceraian yang Allah aturkan. Saya minta semua doakan yang terbaik untuk saya dan Linda.
“Mungkin ini jalan terbaik, kami masih berkawan demi anak-anak. Penceraian kami berlaku pada 2 Julai lalu.”
Walau bagaimanapun, Que tidak mendedahkan punca perceraian mereka kerana ia terlalu peribadi untuk dikongsi.
“Hal rumah tangga merupakan hal peribadi. Perkara seperti ini bukanlah untuk dibanggakan. Lebih baik simpan sendiri, doakan yang terbaik.”
Beliau menambah bahawa mereka berdua saling memberi sokongan antara satu sama lain walaupun sudah bercerai.
“Kami masih saling memberikan sokongan, apa yang terbaik untuk kami berdua dan anak-anak. Tidak ada benda yang perlu diuar-uarkan atau dikongsi.”
Que juga bersyukur kerana anak-anaknya, Ratu dan Cleopatra, dapat menerima perceraian ini dengan baik kerana mereka sudah matang.
“Hubungan kami masih sangat baik dan Alhamdulillah anak-anak juga menerima semua ini dengan matang. Tiada perbalahan antara kami.”
BACA: Terjawab punca najis manusia di taman perumahan ini mengalir seperti air sungai