Setelah 3 tahun bercerai, akhirnya Lufya jumpa jodoh jejaka arab cetus perhatian ramai

Oleh ISMAIL YAHYA

Baru-baru ini nama pelakon dan penyanyi, Lufya Omar menjadi tumpuan di bibir peminat apabila tular sebuah video

memaparkan seorang wanita mirip aktor itu yang dirakam sedang diiring oleh seseorang di sebuah majlis perkahwinan.

Gara-gara video itu, ruangan komen media sosial Lufya dipenuhi dengan ucapan tahniah di atas ‘pernikahan’ itu.

Setelah 3 tahun bercerai, akhirnya Lufya jumpa jodoh jejaka arab cetus perhatian ramai

Lufya kemudiannya tampil menjelaskan bahawa dia maklum mengenai video tersebut dan mengakui menerima banyak soalan di DM yang bertanyakan mengenai ‘suami’ barunya.

“Pelanduk dua serupa, barangkali.”

Demikian tulis penyanyi, Lufya Omar dalam ruangan keterangan hantaran terbaharunya di Instagram, memaparkan sosok seorang pengantin wanita yang mirip wajahnya.

Dalam hantaran itu, Lufya berkata, ramai yang mengirimkan mesej dan video itu kepadanya, bertanya mengenai ‘suami Arab’.

“Ramai pula yang DM (mesej), tanya (mengenai) suami baharu Arab,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut dan sahabatnya yang turut mengiyakan mengenai kemiripan wajah Lufya dengan wanita dalam video itu.

“Ya Allah. Sama sangat. Masya-Allah,” tulis penyanyi, Heliza Helmi.

“Bukan awak ke, sayang? Sebiji. Kalau betul pun, apa salahnya. Saya doakan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Amin,” tulis penyanyi, Ezlynn.

“Baru nak cakap, baiklah, tak jemput ke,” tulis pelakon, Anita Baharom.

Lufya turut memberi kredit kepada pemilih video asal yang juga seorang jurugambar perkahwinan.

BACA: Ada yang tak tahu, ini sebab kenapa ada butang besi pada seluar jeans, ingatkan hiasan