Setelah 46 kes digugur, Musa Aman umum cukup Adun rampas Kerajaan Sabah pula

Setelah 46 kes digugur, Musa Aman umum cukup Adun rampas Kerajaan Sabah pula

Ahli politik veteran Musa Aman mengumumkan kini mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru Sabah.

Katanya sebuah gabungan baru diterajuinya telah dibentuk dan beliau akan mengemukakan akuan bersumpah (SD) yang mengesahkan sokongan itu kepada yang dipertua negeri Sabah.

“Saya juga ingin memaklumkan yang Menteri Keselamatan dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Nardin, setiausaha politik kepada PM telah membuat kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama pagi tadi untuk memaklumkan gabungan baru yang menyokong Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperolehi sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru,” katanya.

Jika pengumuman itu dapat dibuktikan, gabungan itu akan mengambil alih tampuk kepimpinan negeri daripada Warisan pimpinan Ketua Menteri Shafie Apdal.

Sabah mempunyai 65 anggota dewan undangan negeri (Adun), termasuk lima Adun dilantik.

Musa harus membuktikan dia mempunyai sokongan sekurang-kurangnya 33 dalam Dewan Undangan Negeri untuk membentuk kerajaan baru.

Berita penuh : https://m.malaysiakini.com/news/536653