Irma turut memberitahu bahawa dua anaknya, Syed Irfha, 11, dan Nur Naylie, 10, kini berada di bawah jagaannya.
Pelakon dan pengacara Irma Hasmie menyatakan bahawa dia enggan mendedahkan kisah perceraian kepada umum kerana bimbang kenyataannya akan menimbulkan spekulasi.
Menurut laporan dari Astro Gempak, Irma, 42, memilih untuk tidak membincangkan perceraiannya secara terbuka
Dan lebih memilih untuk berdamai dengan takdir demi ketenangan diri dan keluarganya.
“Saya rasa tidak perlu untuk menjelaskan apa-apa, kerana perkara ini sangat peribadi. Orang di luar sana pun faham,” ujar Irma.
“Walaupun saya memberi jawapan yang sebenar, pasti akan timbul spekulasi. Lebih baik saya mengambil pendekatan untuk berdiam diri daripada berkata apa-apa.”
Irma juga mengulas mengenai perkongsian sahabat baiknya, Reen Emran, di Insta Story tentang perceraian tersebut dan mengatakan bahawa kejadian itu di luar kawalannya.
“Kadang-kadang, walaupun kawan baik sendiri, saya tidak dapat mengawal apa yang berlaku. Mungkin mereka merasakan mereka menjalankan tanggungjawab sebagai sahabat,” jelas Irma.
“Saya tidak ada isu mengenai kekuatan atau perkara lain, tetapi saya tetap dengan pendirian saya untuk memudahkan diri dan keluarga. Saya cuba membuat perkara ini sebaik mungkin tanpa memudaratkan sesiapa.”
Irma turut memberitahu bahawa dua anaknya, Syed Irfha, 11, dan Nur Naylie, 10, kini berada di bawah jagaannya.
Irma dan Redza berkahwin pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang anak, Syed Irfha dan Nur Naylie