Pelakon Datin Intan Najuwa enggan mengambil pusing dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa pangkat Datuk kepada suaminya yang juga ahli perniagaan, Ahmad Asraf Azman, adalah palsu.
Intan atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 26, berkata dia tidak kisah mengenai perkara tersebut kerana menyifatkan gelaran berkenaan tidak memberi apa-apa padanya.
“Saya tak pernah pertikaikan. ‘It just a title’.
“Suami pun tahu saya memang tidak kisah mengenai perkara itu. Orang nak cakap apa, cakap sahajalah, tetapi kita sendiri tahu dan diam.
“Kalau saya buat apa pun, mereka (netizen) sentiasa bercakap. Saya tiada nak buktikan apa-apa, tak mahu pertikaikan apa-apa. Siapa yang tahu, tahulah. Kita letak tepilah. Ia cuma gelaran, tak membawa apa-apa pun.
“Saya juga menjalani kehidupan macam orang biasa dengan suami. Jadi, kami hanya perlukan doa yang baik-baik daripada semua,” katanya.
Tambah Intan, dia memilih pendirian untuk mengunci mulut mengenai perkara tersebut kerana enggan memperbesarkan isu remeh tersebut.
“Saya sebenarnya tak mahu membalas ciapan tersebut, tak mahu keruhkan keadaan. Kalau saya balas, perkara ini akan jadi isu besar.
“Saya akan lebih memilih untuk berdiam, kalau benda itu betul, betul, kalau salah, salah.
“Ada juga komen-komen yang keterlaluan, tetapi saya cuma anggap mungkin si penulis tengah mengalami mood yang tidak baik pada hari itu. Saya husnuzon sajalah,” ujarnya.
Terdahulu, Intan selamat mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan berkenaan pada 24 Ogos lalu.
Intan menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 dan wang hantaran bernilai RM222,000
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio