Aku ada enam orang adik beradik termasuk aku dan antara enam ini, aku cuma punya seorang adik perempuan bongsu.
Bila dikaitkan dengan bongsu, ramai yang beranggapan bahawa anak bongsu ni manja, keras kepala, keperluan dia mesti semua orang kena ikut.
Tak dinafikan bahawa adik perempuan bongsu aku juga sangat manja dengan abah dan di antara kami adik beradik, dia hanya manja dengan aku selaku abang Ngah dalam keluarga.
Abah sering manjakan adik dan abah akan pastikan semua kemahuan adik dipenuhi.
Namun ini bukan alasan untuk abah tutup mata kalau adik bongsu aku buat salah. Kadang – kadang ditegur, dinasihati tapi tidak pernah sekali dipukuI. Mungkin sebab inilah adik terlalu manja dengan abah dan abah juga sangat sayang dekat adik. Maklumlah anak perempuan bongsu.
Bagi mak pula, mak lebih manjakan adik lelaki aku yang kelima. Tidak pernah dimarah, kesalahan dia mak tutup mata. Sebab itu kami gelarkan adik lelaki aku itu anak manja mak sebab dia memang manja
. Kalau aku perhatikan, kadang – kadang adik perempuan bongsu aku juga cuba untuk rapat dan bermanja dengan mak.
Tapi mak hanya layan dia biasa – biasa saja dan tidak salah aku katakan, mak akan utamakan adik lelaki aku daripada adik perempuan bongsuku. Ada suatu hari, adik bongsu aku dapat result SPM. Tidaklah teruk mana bagi aku sebab dia dapat 6A 2B 2C 1D.
Kalau nak diingatkan result aku dulu, lagi teruk. Mak marah, nampak kecewa di muka mak dan mak terus membandingkan adik bongsu aku dengan adik lelaki kelima aku. Aku tahu adik bongsu aku sedih, menangis dia di bilik dan pintu bilik dikunci.
Dua hari tak nak jumpa kami semua dan hanya berkurung dalam bilik. Puas abah memujuk akhirnya reda juga tangisan dia. Mak pula salahkan abah, kerana terlalu manjakan adik. Beberapa bulan selepas result SPM diumumkan, adik tak berjaya dapat tawaran ke mana – mana IPTA.
Sekali lagi adik menangis di hadapan aku dan abah. Kecewa dia jelas di muka. Mak pula sekali lagi membandingkan adik aku dengan saud4ra – saud4ra yang lain. Namun setelah lima bulan menunggu untuk tawaran lain, adik dapat tawaran untuk asasi undang – undang di IPTA.
Setahun selepas asasi, adik dapat tawaran untuk sambung pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang undang – undang. Abah bangga dengan adik, begitu juga aku dan adik beradik aku yang lain. Tapi disebabkan eg0 mak yang tinggi, mak buat tak hirau dan biarkan saja abah dan aku yang menghantar adik ke universiti.
Kadang – kadang aku pelik, kenapa layanan mak terhadap adik berbeza dengan layanan mak terhadap adik lelaki aku yang lain. Tahun pertama, proses pembelajaran adik bongsu aku berlangsung dengan mudah. Tapi masuk tahun kedua kami diuji bila Allah ambil abah daripada kami.
Abah meninggaI kerana s4kit jantung. Aku rasa kehidupan kami sekeluarga saat itu gelap. Mak menangis atas pemergian abah dan adik bongsu aku, rebah pitam ketika dapat berita tentang itu. Tangis dia memanggil abah dalam diam, air mata yang tak henti mengalir walau tiada suara yang adik keluarkan, sudah cukup menggambarkan betapa adik sedih atas pemergian abah.
Adik memeIuk aku, aku tahu semangat adik hilang. Adik umpama hilang tempat untuk dia bermanja, tempat dia mengadu. Adik buat keputvsan untuk berhenti belajar. Katanya dia dah tak ada alasan untuk berjaya. Berkat usaha aku memujuk, adik bersetuju untuk teruskan pengajian dia.
Sepanjang pengajian adik, tidak sekali mak bertanya khabar adik. Makan ke, tidur ke, cukup rehat ke dia. Hanya aku dan kadang – kadang abang sulung aku yang bertanya khabar. Aku tahu adik sunyi selepas abah tiada tapi dia pura – pura kuat, pura – pura gembira dengan kehidupan dia.
Adik berjaya grad dengan ijazah kelas pertama undang – undang. Tapi tak siapa yang tahu termasuk aku. Pernah adik lelaki aku yang keempat tanya, macam mana adik belajar. Tak sempat dia menjawab mak dah mencelah ‘gagal lagi la tu, sebab tu tak grad macam korang semua’.
Adik tipu kami sekeluarga, mengatakan dia gagal dan tak boleh hadir untuk konvokesyen. Padahal nama dia diumumkan ke pentas, dapat anugerah dan bergembira seorang diri tanpa kehadiran keluarga. Yang ada hanyalah seorang kawan baik dia bernama Afini.
Hanya Afini yang hadir waktu konvokesyen adik. Malah apabila adik tahu yang aku tahu tentang perkara ni, dia merayu supaya aku tak beritahu sesiapa. Allah, perasaan aku h4ncur bila dapat tahu melalui Afini, yang sepanjang tempoh pengajian adik, hidup adik susah.
Adik bekerja untuk dapat duit belanja sendiri, bahagi masa antar kerja dan belajar. Kadang-kadang rindu adik pada abah dan mak, dia suarakan pada sahabat baiknya itu. Aku gagal menjaga adik sepertimana yang telah abah pesan.
Tak lama selepas itu, adik beritahu aku yang dia dapat tawaran kerja. Syukur, rezeki dia dapat kerja si sebuah syarik4t guaman. Adik gembira dengan kerja dia, malah enggan pulang ke rumah kerana kata adik dia terlalu sibuk dengan kerja.
Tapi aku tahu, itu bukan sebabnya. Adik takut untuk balik rumah mak, adik malu nk tengok muka mak, aku tahu adik rindu mak. Setiap bulan adik akan bank in duit RM600 ke akaun aku, supaya aku dapat bagi duit tu pada mak.
Mak tak pernah tahu bahawa tiap – tiap bulan, dengan duit adiklah mak berbelanja. Tapi yang mak tahu, hanya mem4ki adik mengatakan adik anak tak kenang budi. Kerja tapi tak pernah nak bagi duit dia pada mak. Malah adik lelaki aku diagungkan kerana sentiasa beli barang rumah untuk mak.
Adik biarkan saja, sebab dia tahu dia dah buat apa yang dia mampu. Adik akhirnya berkahwin dengan seorang lelaki yang dia kenal dari tempat kerjanya. Syukur kerana adik ipar lelaki aku adalah orang yang baik.
Perwatakannya sama seperti abah. Mungkin sebab ini lah adik membuat keputvsan untuk berkahwin dengan suaminya walaupun baru enam bulan kenal. Orang kampung yang tahu pasal ini mulalah bawa mulut kata adik aku dah terIanjur.
Menangis adik bila dapat tahu tentang ini dan lagi kecewa apabila mak juga mula percaya dengan orang kampung. Marah mak pada adik, seperti bergegar satu rumah. Syukur suami adik aku tahu bertindak. Tidak meIawan tapi perlahan menarik adik aku ke kereta dan bawa dia pulang ke rumah mereka.
Aku marah pada mak, aku rasa benci pada mak waktu tu. Mak yang melahirkan adik, takkan mak percaya dengan fitnah orang. Adik seorang perempuan yang baik, anak yang solehah. Aku kenal adik aku lebih daripada mak kenal dia. Sungguh aku kecewa dengan mak.
Beberapa bulan lepas kejadian itu, aku hanya berhubung dengan adik melalui telefon. Katanya dia rindu suasana dulu, di mana kami semua sama – sama berkumpul di rumah, ada abah ada mak. Kadang – kadang suara adik seakan menangis.
Bulan Jun 2014, aku dapat panggiIan daripada suami adik ipar bongsu aku. Katanya adik bongsu aku sedang tenat di hospitaI setelah melahirkan bayi perempuan sulung mereka. Bergegas aku ke hospitaI dan sampai sahaja aku di sana, dengan linangan air mata, adik iparku memeIuk erat tubuhku.
“Bang, Syafia dah tak ada bang. Baru beberapa minit lepas dia meninggaI bang.’ Terduduk aku mendengar ungkapan itu. Allah, ujian apa lagi buat aku. Namun melihat betapa tenang adik ipar aku dengan ujian ini, aku cuba untuk kuat.
Bayi perempuan mereka selamat, tapi adik aku tak dapat diselamatkan. Aku masuk ke bilik untuk menatap jen4zah adik aku. Aku sedih dan hiba, tapi hati aku tenang melihat wajah adik yang seakan sedang tidur. Sangat tenang raut wajahnya seolah – olah dia pergi dengan keadaan yang sangat bahagia.
Aku telefon abang sulung aku untuk bawa mak ke hospitaI. Tiba di hospitaI, mak marah katanya aku dan adik iparku berpakat untuk tipu dia. Namun setelah dibawa menatap jen4zah adik, mak rebah. Mak menjerit memanggil adik.
Teriakan mak memohon maaf kerana mengabaikan adik, sungguh sayu keadaan ketika itu. Adik ipar aku memegang bahu mak aku.
Katanya mak jangan risau, adik selalu sebut pasal mak, adik terlalu sayangkan mak sehingga dia berjanji kalau dapat anak perempuan, dia nak namakn dengan nama mak, Aisyah.
Hiba hati mak, perlahan dia berjalan ditatap wajah adik dengan sayu, diusap rambut adik, diciuum dahi dan pipi adik. ‘Dik, mak tipu diri mak sendiri. Mak abaikan adik, mak bencikan adik, mak tak pernah ambil tahu pasal adik. Sekarang Allah baIaskan dengan ambil adik daripada mak. Maafkan mak dik’
Aku yang mendengar hanya mampu menangis. Mak meminta agar jen4zah adik dikebuumikan di sebeIah kubur abah. Kata mak, senang untuk mak ziarah bila mak rindu.
Adik ipar aku hanya mengangguk setuju. Aku bersyukur, sekurang – kurangnya hidup adik bahagia bersama suaminya.
Walaupun aku tahu jauh dalam sudut hatinya, dia rindu keluarga dia yang dulu. Tapi kesabaran dan ketabahan adik, Allah baIas dengan sy4hidnya adik kerana meninggaI selepas melahirkan anak mereka yang pertama.
Dik, maafkan abang kerana tak mampu menjaga kau seperti arw4h abah jaga kau. Semoga kau tenang di sana dik. Aisyah, anak adik, saling tak tumpah macam adik.
Semoga Aisyah akan menjadi anak yang solehah seperti adik, mendoakan adik, dan dapat menjaga ayahnya. – Syamim