“Setiap kali jumpa, tangan aku di gigit kekasih, tapi kali ini lain pula dia gigit”.
Tular sebuah video memaparkan seorang wanita bertindak menggigit ‘manja’ pada bahagian tangan seorang individu, didakwa berkemungkinan insan tersayang dalam hidupnya.
Video mereka dimuat naik di akaun Twitter @amende_si*l sehingga meraih hampir 726,000 tontonan dan diulang kicau sebanyak 11,545 kali serta lebih 8,900 tanda suka dalam kalangan netizen.
“Dah boleh bawak berubat dah tu bang. Bukan manja dah ni. Ni lebih pada tak berfikiran waras,” tulis akaun tersebut menerusi muat naik satu ciapan semalam.
Berdasarkan kapsyen pada video berdurasi 16 saat itu, insan tersayang berkenaan seolah-olah merelakan diri apabila sebelah tangannya digigit oleh wanita tersebut di dalam sebuah kereta.
Dah boleh bawak berubat dah tu bang. Bukan manja dah ni. Ni lebih pada terencat akal.https://t.co/bdhA3Tr4TQ pic.twitter.com/FNwWfefoib
— Amende Sial? (@amende_sial) August 17, 2022
Meskipun dipercayai berlaku perbualan antara mereka, namun wanita itu dilihat tidak melepaskan tangan individu terbabit daripada cengkaman giginya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa meluat apabila melihat perbuatan wanita tersebut yang disifatkan menjengkelkan sekiranya sebagai pasangan kekasih.
Malah pelbagai komen ‘membahan’ ditinggalkan netizen, ada juga segelintir tidak bersetuju apabila video peribadi seperti itu dikongsi di media sosial sekali gus bertubi-tubi menerima kecaman ramai.
Perangai pelik pun ada yang nak, aku normal asyik kena tinggal
BACA:
Kempunan nak jadi Menteri semula, Pas bina semula kementerian di Palestin